Resepi Permata Zamrud Sukatan Cawan Membuat Simple Paling Sedap Asli.  Salam semua. Syukur kuih permata nilam menjadi dengan jayanya. Ini semua gara- gara tak tahan tengok kuih permata zamrud viral yang asyik lalu lalang di laman sosial milik saya. Ada yang nak tau cara membuat kue permata zamrud ? Jom saya kongsikan resepi talam permata zamrud sukatan cawan :

Kuih Permata Zamrud Sukatan Cawan
Resepi Kuih Permata Zamrud Sukatan Cawan

Resepi Permata Zamrud Pandan Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih permata zamrud mudah :


Kuih Permata Zamrud Recipe
Kuih Permata Zamrud Resepi


Bahan A : Santan


  1. Dua cawan santan pekat
  2. Setengah cawan tepung beras ( saya guna cap teratai )
  3. Dua sudu besar tepung gandum
  4. Dua sudu besar tepung jagung
  5. Garam secukupnya



  • Satukan semua bahan
  • Blend hingga sebati
  • Kemudian, masak sekejap sampai naik wap.
  • Tapis dan tuang ke dalam bekas.


Bahan B : Adunan Doh


  1. Satu setengah cawan tepung pulut
  2. Setengah cawan air pandan
  3. Pewarna hijau



  • Satukan bahan diatas
  • Uli hingga menjadi doh ( doh jangan keras sangat sebab nanti bila kita letak inti dan nak bentukkan tepungnya akan pecah )
  • Jika air pandan kurang, boleh tambah dengan air biasa.


Cara Buat Inti Kuih Permata Zamrud
Resepi Inti Kuih Permata Zamrud


Bahan C : Inti


  1. Setengah cawan gula merah
  2. Dua sudu besar gula
  3. Air
  4. Daun pandan ( ikat simpul )
  5. Setengah biji kelapa parut ( putih sahaja )
  6. Tepung gandum sikit



  • Panaskan periuk dan masak gula merah, gula putih, air, daun pandan sampai gula cair dan larut.
  • Seterusnya masukkan kelapa parut.
  • Kacau sampai air gula hampir kering
  • Taburkan tepung gandum sikit
  • Kalau lagi kasi sebati
  • Siap
  • Biarkan sejuk dan gentel bulat-bulat.

Cara Membuat Kue Permata Zamrud
Cara Membuat Kue Permata Zamrud



Cara Buat Kuih Permata Zamrud

Cara membuat kuih permata zamrud :


Kuih Permata Zamrud Tradisional
Cara Kukus Kuih Permata Zamrud



  1. Ambil sedikit doh dan letak inti pada bahagian tengahnya.
  2. Bulatkan kembali
  3. Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapu dengan minyak.
  4. Tuang adunan santan ( 3/4 daripada acuan )


Cara Buat Permata Zamrud
Resepi Permata Zamrud Sukatan Cawan


Step akhir, kukus selama sepuluh minit menggunakan api perlahan. Bila sudah siap, tunggu sejuk baru keluarkan daripada acuan.