Resepi Puding Buih Tembikai Sukatan Cawan Membuat Bentuk Susu Paling Sedap Tanpa Telur. Puding viral in the house you all. Syukur rezeki kami sekeluarga hari ini menjadi dengan baiknya. Anak anak dan suami semua suka makan. Sekejap sahaja sudah habis licin. Lain kali kena buat lagi lah jawabnya. Ada tak yang nak tau cara buat puding tembikai viral ? Jom saya kongsikan resepi puding tanpa telur sukatan cawan :
Resepi Puding Tembikai Sukatan Cawan |
Resepi Puding Tembikai Susu Sukatan Cawan
Bahan untuk resepi puding tembikai viral :
Resepi Puding Buih Tembikai Sukatan Cawan |
- Satu paket agar agar serbuk (10 gram )
- Empat cawan air
- Tiga per emapt cawan gula
- Satu helai daun pandan ( simpulkan )
- Satu cubi garam
- Satu tin susu cair
- Sedikit biji selasih ( untuk biji tembikai)
- Pewarna merah atau kuning
- Pewarna hijau
Cara Buat Puding Tembikai Sukatan Cawan |
Cara Buat Puding Tembikai Susu
Cara membuat puding tembikai sukatan cawan :
- Masak air sampai mendidih
- Masukkan gula dan kacau sampai larut.
- Masukkan daun pandan dan secubit garam. Kacau rata.
- Masukkan serbuk agar agar dan kacau lagi hingga sebati.
- Tuang susu cair dan kacau rata sampai nak mendidih.
- Tutup api dapur.
- Taburkan sedikit biji selasih ke dalam acuan.
- Ambil adunan puding dalam tiga cawan. Titikkan pewarna merah.
- Tuang sedikit dalam acuan. Biarkan sekejap.Tuangkan baki adunan warna merah tersebut kesemuanya. Biarkan menjadi sederhana beku.
- Seterusnya ambil satu cawan adunan ( tak perlu titik pewarna ) dan tuang ke atas yang warna merah tadi secara perlahan-lahan. Biarkan keras sedikit.
- Kemudian, ambil satu cawan lagi adunan dan titik pewarna hijau. Tuang atas yang putih tadi. Biakan mengeras seketika.
Step akhir, simpan dalam peti sejuk selama dua hingga tiga jam sebelum boleh dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga atau para tetamu yang datang ke rumah. Cara buat puding mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa lapang kita jumpa lagi di lain masa. Salam dan semoga sukses sentiasa.
0 Comments