Resepi Ayam Pandan Goreng Simple Buat Masak Chef Kitchen Thailand Frozen.  Salam semua. Tadi kami sekeluarga menjamu selera dengan menu yang mudah dan sedap iaitu ayam pandan ala thai. Syukur rezeki yang dikurniakan menjadi dengan jayanya serta laku keras. Kebiasaannya saya memasak ayam pandan goreng pada bulan puasa sebab paling mudah untuk di buat stok. Mana lah tau terkejut lambat ke time bersahur, tinggal panaskan minyak dan goreng sahaja. Ada ke yang nak tau cara buat ayam pandan goreng simple dan cara buat ayam pandan goreng frozen ? Jom tengok resepi ayam pandan goreng thailand yang paling sedap dekat bawah ;



Resepi Ayam Pandan Goreng Sedap


Resepi Ayam Pandan Goreng Mudah

Bahan untuk ayam pandan goreng frozen :



Cara Buat Ayam Pandan Goreng Frozen
Cara Buat Ayam Pandan Frozen



Ayam Goreng Pandan Sedap
Resepi Ayam Goreng Pandan Sedap


 Bahan A


  1. Satu ekor ayam ( potong kepada beberapa bahagian, ikut suka hati )
  2. Daun pandan ( kuantiti biar seimbang dengan ayam )
  3. Lidi


Bahan B : Kisar


  1. Sepuluh helai daun pandan
  2. Lima hingga enam ulas bawang putih
  3. Dua inchi halia
  4. Lada hitam
  5. Tiga sudu makan gula
  6. Garam sikit
  7. Ajinamoto sikit ( tak letak pun takpe )

Resepi Perapan Ayam Goreng Pandan
Resepi Perapan Ayam Pandan Goreng


Cara Membalut Ayam Pandan
Cara Balut Ayam Pandan


Cara Membuat Ayam Pandan Thailand

Cara masak ayam gooreng pandan :


  1. Gaul semua bahan yang kita blend dengan potongan ayam tadi.
  2. Lilit ayam guna daun pandan dan cucuk lidi agar bungkusan ayam kelihatan rapi. Boleh juga nak guna cara bungkus ayam pandan macam dalam video dekat bawah. Terserah kreativiti memasing.
  3. Susun dalam bekas yang bersesuaian.
  4. Tuangkan lebihan bahan rempah yang kita blend tadi ke dalam bekas perapan ayam tu.



Ayam Pandan Goreng Resepi
Ayam Pandan Goreng Thailand Resepi

Step akhir, perap dalam peti ais ( lagi lama lagi sedap ). Nak makan baru keluarkan dan goreng.  Settle. Cara buat ayam pandan thai mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau tiada apa-apa rintangan kita jumpa lagi di lain kali. Salam dan semoga sukses sentiasa.