Resepi Kuih Pasung Sukatan Cawan Membuat Guna Daun Pisang Mudah Simple Paling Sedap Asli Original Viral. Kuih tepung pasung yang mudah dan sedap adalah salah satu kuih tradisional melayu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga Dulu kalau jumpa orang meniaga kompem bungkus dua tiga ringgit bawa balik. Sekarang agak sukar untuk jumpa baik di pasar atau dimana-mana. Kalau ada pun jarang jarang sangat dapat tengok. Bagi yang belum tahu, kuih tepung pasung atau sesetengah masyarakat menggelarnya sebagai kuih serunai sangat popular di negeri negeri pantai timur semenanjung malaysia seperti kelantan darul naim, pahang darul makmur dan terengganu darul iman. Adunan bahan utama yang terdiri daripada tepung gandum, tepung beras, nissan, santan, tepung ubi dan lain-lain membuatkan semua peringkat umur dapat menikmatinya. Lebih lebih lagi untuk dijadikan sarapan ataupun minum petang bersama kopi panas sambil melayan keindahan alam. Kuih tepung pasung terengganu adalah sedikit berbeza dengan kuih pasung sabah dan kuih pasung sarawak. Bahan-bahan yang digunakan juga berlainan. Ada yang nak tau cara membuat kuih pasung terengganu ? Jom saya kongsikan resepi kuih tepung pasung terengganu sukatan cawan :
Resepi Kuih Pasung Terengganu Sukatan Cawan |
Resepi Kuih Serunai Terengganu Asli
Bahan untuk resepi kuih serunai sukatan cawan :
Resepi Kuih Tepung Pasung Terengganu |
Cara Bungkus Kuih Pasung Daun Pisang |
Bahagian Bawah
- Dua sudu besar gula*
- Satu setengah ketul nisang atau gula melaka *
- Satu, dua per tiga cawan air (350ml-400ml)*
- Satu helai daun pandan disimpul*
- 40 gram tepung beras
- 20 gram tepung ubi
- Satu sudu kecil air kapur
Cara Buat Kuih Pasung Terengganu
Cara buat kuih pasung sukatan cawan :
- Didihkan semua bahan bertanda * diatas dan tapis.
- Biarkan seketika untuk sejuk.
- Kemudian, masukkan tepung beras, tepung ubi dan air kapur.Kacau hingga sebati.
- Panaskan adunan dan sentiasa kacau sampai keluar wap dan menjadi sedikit kental.
- Tutup api.
Bahagian Atas
- Satu setengah cawan santan pekat
- Dua setengah sudu besar tepung beras
- Satu sudu besar tepung gandum
- Satu sudu kecil garam (anggaran)
- Satu sudu kecil gula
- Satukan semua bahan B diatas dan didihkan atas api dapur.
- Kacau hingga menjadi sedikit kental.
Cara Buat Kuih Serunai Terengganu
Cara buat kuih serunai sukatan cawan :
- Masukkan acuan daun pisang kuih tepung pasung ke dalam lubang periuk pengukus. Cara buat acuan kuih pasung adalah dengan potong segi empat daun pisang dan gulung seperti kon aiskrim, kemudian stepler atau selitkan lidi.
- Panaskan pengukus sekejap
- Tuang adunan bahagian bawah dan kukus selama tujuh minit
- Seterusnya tuang adunan bahagian atas dan kukus selama dua belas hingga lima belas minit.
Kuih Pasung Terengganu Resepi |
Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan bagi santapan petang ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang hadir ke rumah. Cara buat kuih pasung mudah je kan, selamat mencuba semua. Jika tiada aral melintang kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.
> Resepi Kuih Pasung Sarawak Sukatan Cawan
> Resepi Kuih Pasung Sarawak Sukatan Cawan
0 Comments