Resepi Masala Vadai Sukatan Cawan Membuat Kue Frozen Simple Mudah Dan Paling Sedap Crispy. Semalam mak saudara saya telefon minta saya sediakan kuih masala vadai india petang ini sebab dia sudah lama mengidam nak makan kueh masala vadai yang rangup. Menurutnya, nak beli yang sudah siap pun jarang ada orang yang jual dekat pasar atau tepi jalan. Masala vadai recipe malaysia ini saya belajar dengan seorang peniaga berketurunan india yang sudah lebih lima belas tahun jual kuih vadai di Melaka. Adunan saya buat lebih sikit kerana separuh saya terus goreng garing untuk santapan petang bersama keluarga mak saudara dan separuh lagi saya frozenkan untuk bagi kepada mak saudara saya sebagai buah tangan serta stok dalam peti ais rumah mereka. Cara buat masala vadai frozen mudah sahaja, goreng separuh masak dan simpan dalam peti sejuk bahagian atas. Bukan apa, senang kalau dia nak makan esok lusa terus boleh goreng garing sebab kuih india halal ini sedap dimakan semasa masih panas. krup krap. Lagipun jarak antara rumah kami agak jauh jugak lah. Ada yang nak tau tak cara buat kuih masala vadai ? Jom saya kongsikan resepi masala vadai india halal sukatan cawan :


Masala Vadai Resepi
Resepi Masala Vadai Rangup



Resepi Vadai Rangup Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi kuih vadai rangup :



  1. Dua cawan kacang dhal (saya pakai yang jenis 'kadala Parappu' sebab jenis tersebut memang sesuai dalam pembuatan buat vadai) *rendam semalaman.
  2. Satu biji bawang holland atau bombay
  3. Satu hingga dua biji cili hijau
  4. Satu sudi teh Jintan Manis
  5. Satu cubit garam
  6. Chili flake sikit ( tak letak pun takpe )
Resepi Vadai Rangup Sukatan Cawan


Cara Buat Kuih Vadai Frozen
Cara Buat Vadai Frozen


Cara Buat Masala Vadai Rangup

Cara buat vadai rangup :






  1. Tumbuk atau blend kering semua bahan dan gaukan kasi sebati semua. Tak perlu letak air tau.
  2. Kemidian bentukkan macam dalam gambar diatas.

Masala Vadai Recipe Malaysia
Masala Vadai Resepi


Step akhir, panaskan minyak dan goreng hingga warna bertukar keemasan. Nak lagi sedap masa proses memasak tu letak daun kari untuk bagi naik aroma. Sekarang siap. Cara buat kuih masala vadai mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga sukses sentiasa.