Resepi Roti Sosej Goreng Sukatan Cawan Membuat Mudah Simple Lembut Gebu Rangup Paling Sedap Viral. Menu sarapan pagi sihat dan simple kami sekeluarga tadi sebelum suami dan anak-anak bertolak ke destinasi masing-masing iaitu roti sosej goreng yang mudah dan sedap. Banyak juga saya sediakan tadi sebab boleh anak anak bungkus untuk bekalan waktu rehat di sekolah nanti. Lebihan saya masukkan dalam peti ais untuk jadikan roti sosej frozen. Senang jika ada yang lapar boleh terus goreng. Ada yang nak tau tak cara buat roti sosej pintal ? Jom saya kongsikan resepi roti sosej pintal goreng sukatan cawan :

Roti Sosej Goreng Tepung Gandum
Resepi Roti Sosej Goreng Tepung Gandum


Resepi Roti Sosej Goreng Rangup Sukatan Cawan

Bahan untuk resepi roti sosej goreng viral :

Cara Buat Doh Roti Sosej Goreng
Resepi Doh Roti Sosej Goreng

Cara Buat Roti Sosej Goreng Sukatan Cawan
Resepi Roti Sosej Goreng Sukatan Cawan



  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua tbsp gula halus
  3. Satu setengah tbsp marjerin
  4. Satu tsp garam
  5. Satu tbsp yis yang dibancuh dengan setengah cawan air suam
  6. Sosej (potong kepada dua bahagian )


Roti Sosej Pintal Goreng Resepi
Roti Sosej Goreng Resepi

Cara Buat Roti Sosej Goreng

Cara Membuat roti sosej goreng ;



  1. Satukan kesemua bahan ( kecuali yis dan sosej )
  2. Masukkan bancuhan yis secara sikit demi sikit dan uli sampai menjadi doh yang tidak melekat pada tangan
  3. Biarkan kembang, bulat-bulatkan doh serta gentel secara memanjang
  4. Lilitkan pada sosej dan kemaskan lilitan agar lilitan tidak terbuka semasa proses menggoreng.


Resepi Roti Sosej Gulung Sukatan Cawan
Cara Buat Roti Sosej Gulung

Step akhir, panaskan minyak atas dapur dan goreng hingga masak. Toskan dan sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja bersama sos cili bagi santapan ahli keluarga ataupun kepada tetamu yang datang ke rumah. Cara buat roti sosej goreng mudah je kan, selamat mencuba semua. Kalau ada masa terluang kita jumpa lagi di lain hari. Salam dan semoga berjaya.