Resepi Biskut Thumbprint Coklat Sukatan Cawan Membuat Cookies Simple. Salam semua, saya ingin kongsi satu lagi resepi biskut raya viral iaitu resep thumbprint cookies yang mudah dan sedap, lembut serta cair di mulut untuk di cuba oleh mereka yang berkeinginan. Mungkin boleh di jadikan kuih raya tambahan atas meja makan nanti untuk juadah para tetamu. Paling sedap tau, sekali makan tak sedar dah habis satu balang. Cara nak buat biskut thumprint mudah je, jom tengok resepi thumbprint cookies sukatan cawan yang saya selitkan dekat bawah :
Resepi Biskut Thumbprint Sukatan Cawan |
Resepi Biskut Thumprint Sedap
Bahan untuk resepi biskut thumbprint mudah :
- Satu cawan Unsalted Butter ( suhu bilik )
- Dua per tiga cawan Gula Pasir
- Satu biji Kuning Telur saiz besar
- Dua, satu per empat cawan Tepung Gandum
- Satu sudu teh Vanilla Extract
- Setengah sudu teh Garam Halus
- Apa-apa jem pilihan ( saya guna pelbagai jenis jam namun boleh juga kalau nak pakai sejenis jam sahaja ya macam coklat, nutella dan sewaktu dengannya )
Cara Buat Biskut Thumbprint Sukatan Cawan
Cara membuat biskut thumbprint :
Biskut Thumbprint Resepi |
- Mixer kelajuan sederhana butter dan gula sampai ringan serta kembang dalam tempoh masa hingga dua hingga tiga minit.
- Seterusnya masukkan pula kuning telur dan vanila.
- Mix lagi sampai rata dan sebati.
- Kemudian, masukkan bahan kering dan sambung mix sampai menjadi doh.
- Bulat bulatkan doh dan susun dalam tray yang telah dialas dengan parchment paper.
- Tekan pada bahagian tengah setiap doh tadi. ( saya tekan guna measuring spoon bagi mendapatkan bentuk yang sama )
- Letak inti dalam setengah sudu teh pada bahagian tengah.
Step akhir, panaskan oven dulu pada suhu 160 dan kemudian bakar selama sepuluh minit hingga lima belas minit bergantung kepada kapasiti oven masing-masing. Cara nak tahu biskut thumbprint dah masak ke belum boleh tengok pada bahagian bawah dan tepi cookies bertukar warna perang sikit. Jangan bakar hingga garing tau. Sekarang siap dah boleh simpan dalam bekas kedap udara untuk bekalan kepada tetamu di hari raya nanti. Cara buat thumbprint cookies mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi.
0 Comments