Resepi Aiskrim Magnum Malaysia Viral Buat Salutan Coklat Homemade.  Yang dekat bawah ini saya buat malam tadi. Syukur sudah menjadi dengan jayanya. Aiskrim magnum perisa vanilla saya pakai resepi aiskrim oreo mcflurry yang pernah saya kongsikan dulu je. Bagi sesiapa yang nak cuba mungkin boleh tengok resepi aiskrim malaysia viral untuk mengetahui cara nak buat nya :


Aiskrim Ala Magnum Viral
Resepi Aiskrim Ala Magnum Viral


Resepi Aiskrim Malaysia Gebu Ala Magnum

Bahan untuk resepi aiskrim mcd baru :


Cara Membuat Aiskrim Magnum Malaysia


  1. Dua cawan whipping krim (dairy)- saya pakai whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih tapi kalau sesape yang hendak guna susu cair ataupun susu full cream pun boleh sahaja)
  2. Setengah cawan susu pekat
  3. Satu sudu ovellate
  4. Sedikit esen vanila


Cara Buat Aiskrim Malaysia Ala Magnum



  1. Satukan kesemua bahan diatas.
  2. Mix atau blender sampai kembang dan gebu dua kali ganda


Resepi Salutan Coklat Aiskrim Magnum

Cara membuat salutan coklat macam aiskrim magnum :



  1. 350gram coklat masakan dan dark chocolate ( jenama apa pun boleh )


 Cara Buat Salutan Coklat Aiskrim Magnum

  1. Double boilkan sahaja sampai cair 
  2. Kemudian tutup api biarkan suam
  3. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan ( agak agak sendiri sahaja tau agar tidak terlalu nipis serta tidak terlalu tebal sangat  )


Step akhir, tuang adunan aiskrim yang kita sudah sediakan tadi dan simpan dalam peti ais pada bahagian sejuk beku selama lima jam dan keatas. Sekarang sudah siap sedia untuk dihidangkan kepada ahli keluarga mahupun para tetamu yang datang ke rumah. Cara buat aiskrim magnum malaysia mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga sukses.