Cara Kira Bayaran GCR Pengiraan Gantian Cuti Rehat Kakitangan Pegawai Kerajaan Malaysia. Pada pembentangan Bajet 2020, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah memberi khabar yang agak menarik dengan mengeluarkan pekeliling yang menyatakan bahawa penjawat awam adalah dibenarkan untuk membuat tindakan tebus awal pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari jika telah berkhidmat minimum 15 tahun dan keatas. Ini ganjaran jika tidak pakai cuti rehat untuk penjawat awam. Bagi tahun sebelum-sebelumnya, boleh juga dapat tapi kalau sudah pencen sahaja. Maksimum 150 hari.
![]() |
Cara Kira GCR Gantian Cuti Rehat |
Cara Kira Bayaran Gantian Cuti Rehat Gcr
Cara Pengiraan Cuti Rehat :
Berapa boleh dapat kalau seseorang pegawai kerajaan tebus sekarang? Contoh jika mahu tebus 75 hari ikut gaji semasa.
Gaji semasa : 5000
Elaun tetap : 500
Formula dia :
1/30 x 75 x 5500 = RM13,750
Berbaloi atau tidak ? Ada baki lagi 75 hari kan. Ambil contoh.
Gaji akhir : 6500
Elaun tetap : 500
Ganjaran : 1/30 x 75 x 7000 = RM17,450
Jumlah ganjaran 150 hari : RM13750 (tebus awal) + RM17450 (tebus pencen) = RM31,200
Jom kita cuba bandingkan jika tidak mengeluarkannya sekarang. Tebus cuti 150 hari selepas pencen.
Gaji akhir : 6500
Elaun tetap : 500
Ganjaran : 1/30 x 150 x 7000 = RM35,000
Kita sudah boleh agak berapa anggaran yang kita akan dapat jika maksimum ganjaran cuti kita. Ini hanyalah perbandingan secara kasar.
Mungkin terdapat sesetengah yang berpendapat bahawa baik gunakannya sekarang sebab nanti bimbang tidak sempat merasa kerana faktor panjang umur . Mungkin juga ada yang kata simpan dulu lagi baik dan ada juga yang menyatakan keluarkan sekarang kemudian laburkan, boleh dapat lebih tinggi nilainya. Cuba kira jika labur 10 tahun dan dapat untung kasar sebanyak 7%.
RM13,750 -------> RM27,048
Jesteru semuanya terserah kepada pilihan masing-masing. Tambahan surat edaran masih tidak dikeluarkan lagi. Kita hanya buat perancangan. Salam.
0 Comments