Resepi Bubur Candil Keledek Paling Simple Membuat Guna Tepung Ubi Sukatan Cawan. Diner saya bersama ahli keluarga sekejap tadi. Bubur candil viral yang sedap dan simple. Syukur menjadi dengan jayanya. Yang sangat tak terjangka adalah sekejap sudah habis satu periuk. Dah lama sangat rasanya tak buat menu bubur bubur untuk santapan. Esok lusa kita cuba pulak buat bubur candil tepung gandum yang warna warni. Lepas tu bubur candil tepung pulut pulak. Boleh tengok yang mana satu yang dapat sambutan daripada anak anak dan suami. Ada ke yang nak tau cara bikin bubur candil ? Jom tengok resipi bubur candil ubi ungu yang saya kongsikan dekat bawah :



Bubur Candil Keledek
Resepi Bubur Candil Keledek



Resepi Bubur Candil Viral

Bahan untuk resepi bubur candil simple :








Bahan A


  1. Satu kilogram keledek ungu, 
  2. Tujuh hingga lapan sudu makan tepung ubi


Cara Buat Bubur Candil



  1. Kukus ubi keldek sampai empuk, kopek kulit dan lenyakkan.
  2. Masukkan tepung ubi secara sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh dan keledek tak pecah-pecah apabila kita bentukkannya.
  3. Gentel lah bulat bulat guna tapak tangan. Saiz ikut suka nak besar kecil. Terserah.






Bahan B


  1. Santan dari setengah biji kelapa
  2. Dua helai daun pandan
  3. Gula dan garam secukupnya


Cara Membuat Bubur Candil


  1. Panaskan santan atas dapur
  2. Masukkan daun pandan
  3. Masukkan garam dan gula secukupnya
  4. Biarkan sampai mendidih dan tutup api.





Cara Masak Bubur Candil

  1. Dalam periuk yang lain, didihkan air
  2. Masukkan semua biji biji keledek yang telah kita gentel tadi
  3. Tunggu hingga ianya terapung ke permukaan.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Masukkan ke dalam adunan santan yang kita sediakan sebentar tadi.
  6. Panaskan santan sekali lagi dan siap Siap untuk dihidangkan.






Notakaki, jika nak masak terus dalam santan pun boleh. Tapi nanti warna santan jadi ungu jugak. Saya campur jagung untuk kali ini kerana ada stok dekat dapur. Kalau tak suka jangan la letak ya. Sekadar bahan tambahan sahaja  Okey lah, cara nak buat bubur candil mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan semoga berjaya.