Resepi Bubur Jagung Tin Sagu Tanpa Santan Guna Susu Cair Manis. Salam semua. Cerita semalam santai petang bersama suami dan anak-anak tersayang di halaman rumah sambil menghirup udara segar bercampur suasanan kampung. Kami satu keluarga pekena bubur jagung viral yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Syukur menjadi dengan jayanya. Sekejap sahaja sudah habis licin satu periuk. Ingat esok saya nak buat lagi sekali untuk simpan dalam peti ais bagi dijadikan aiskrim malaysia jagung. Ada yang nak tau cara membuat bubur jagung tin ? Jom tengok resepi bubur jagung tin bersagu yang saya kongsikan dekat bawah :


Resepi Bubur Jagung Tin Tanpa Santan
Resepi Bubur Jagung Tin Sagu Tanpa Santan


Resepi Bubur Jagung Tin Simple

Bahan untuk resepi bubur jagung mudah :







  1. Satu tin jagung sweet kernel
  2. Satu tin susu cair
  3. Tiga sudu besar gula/ brown sugar (bergantung pada citarasa)
  4. Dua sudu besar sagu
  5. Satu cawan air
  6. Satu cubit garam
  7. Satu helai daun pandan

Cara Masak Bubur Jagung

Cara buat bubur jagung sagu :






  1. Rebus jagung bersama air,gula dan daun pandan sampai mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan  sagu dan kacau hingga mendidih.

Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah. Cara masak bubur jagung sagu mudah je kan, selamat mencuba dan semoga berjaya semua. Salam.