Resepi Chapati Guna Tepung Gandum Tanpa Tepung Atta Simple Frozen. Salam semua. Selamat pagi. Syukur rezeki kami sarapan tadi iaitu capati tepung gandum bersama sambal bilis. Entah kali ke berapa dah buat ni untuk alas perut kami sekeluarga. Rasanya boleh tahan la. Yang penting dua dalam satu resepi. Nak buat roti canai boleh, nak buat capati pun boleh. Terserah masing-masing. Saya sediakan dua keping setiap seorang. Yang tak tahan rasa pedas boleh cicah gula atau susu macam anak anak saya tadi. Ada tak yang nak tau cara nak buat capati pakai tepung gandum ? Jom jenguk resepi capati simple yang saya selitkan dekat bawah :

Resepi Chapati Tepung Gandum Sukatan Cawan
Resepi Capati Tepung Gandum Sukatan Cawan



Resepi Capati Guna Tepung Gandum Mudah Dan Sedap

Bahan untuk resepi capati mudah sukatan cawan :




Cara Buat Chapati Guna Tepung Gandum
Cara Buat Capati Guna Tepung Gandum


  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Tiga sudu besar marjerin pelangi
  3. Satu sudu kecik garam
  4. Satu setengah cawan air panas mendidih
  5. Tepung untuk dusting



Cara Buat Capati Guna Tepung Gandum

Cara buat chapati guna tepung gandum :

Resepi Chapati Mudah
Resepi Capati Mudah


Cara Buat Capati Yang Lembut
Cara Buat Chapati Yang Lembut


  1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam
  2. Seterusnya, masuk air panas mendidih dan kacau pakai senduk , 
  3. Uli hingga jadi doh , canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum tak bagi melekat.


Step akhir,  goreng atas kuali nonstick , bila naik gelembung baru terbalikkan . Sekarang siap sedia untuk dihidangkan atas meja makan untuk juadah ahli rumah mahupun kepada para tetamu yang datang melawat. Cara buat capati tepung gandum mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain hari. Semoga berjaya.