Resepi Kuih Butir Nangka Kelantan Yang Lembut Original Asli Versi Simple Dan Sedap.  Sehari dua lagi kita dah nak sambut bulan puasa. Biasa bubur nangka pasti ada jual dekat bazar ramadhan. Namun  tahun ini agak berbeza sedikit kerana kita bakal menikmati bulan ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) yang telah dilancarkan kerajaan bagi membendung wabak COVID-19 demi keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Jadinya tiada lah bazar untuk kita beli kuih muih tradisional. Nak tak nak kenalah homemade sendiri di rumah. Ada ke yang nak tahu cara nak buat butir nangka kelantan ? Jom saya kongsikan resepi bubur butir nangka mudah simple dan sedap :


Butir Nangka Kelantan Sukatan Cawan
Resepi Butir Nangka Kelantan



Resepi Butir Nangka Sukatan Cawan Versi Kelantan

Bahan untuk resepi butir nangka mudah :

Cara Masak Butir Nangka Kelantan
Cara Buat Butir Nangka Kelantan

Butir Nangka Kelatan Recipe
Butir Nangka Kelatan Resepi


  1. Tiga cawan tepung pulut
  2. Air secukupnya
  3. Pewarna ikut citarasa memasing

Cara Buat Butir Nangka Kelantan

Cara Buat Kuih Butir Nangka Kelantan :


Resepi Biji Nangka Mudah




  1. Satukan semua diatas
  2. Uli sampai adunan tidak melekat pada tangan
  3. Asingkan kepada beberapa bahagian dan titik pewarna.
  4. Gentel dan leperkan sikit doh tersebut.
  5. Kemudian, masak air sampai mendidih dan masukkan satu per satu butir nangka yang dah disiap di gentel tadi.
  6. Dah timbul, angkat dan masukkan dalam air biasa.


> Resepi Pulut Dakap Kelantan Original

Resepi Kuah Butir Nangka Kelantan

Bahan untuk resepi kuih butir nangka sukatan cawan :


  1. Satu kotak santan
  2. Air secukupnya ( tips kalau nak kasi kuah pekat, bancuh sedikit tepung beras dengan air, tuangkan ke dalam kuah. Saya suka makan kuah yang pekat.
  3. Daun pandan
  4. Satu cawan gula atau gula melaka atau nise ( boleh kurangkan atau lebihkan, terserah selera )
  5. Satu sudu kecil garam
  6. Satu sudu kecil biji halba (jika tidak suka tak payah letak)
  7. Satu ulas bawang merah yang dihiris halus.
  8. Sedikit halia yang dihiris halus.

Cara Buat Kuah Butir Nangka Kelantan

Cara Buat Kuah Kuih Butir Nako :


  1. Satu semua bahan diatas
  2. Masak dengan perlahan sampai mendidih.

Step akhir, masukkan butir nangka tadi. Kacau perlahan lahan dan tutup api. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan bagi dijadikan santapan ahli keluarga mahupun kepada para tetamu yang bertandang ke rumah. Cara buat butir nako kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga berjaya.

> Resepi Air Laicikang Paling Mudah