Resepi Cakar Ayam Bihun Gula Merah Rangup Crispy Simple.  Salam semua tadi saya ada homemade kuih tradisional secara moden iaitu kuih cakar ayam. Biasa orang dulu dulu buat guna ubi keledek tapi saya buat kueh cakar ayam guna bihun sahaja. Syukur menjadi dengan jayanya. Ranggup sangat. Satu rumah suka sampaikan tak sedar kami dah termakan habis satu balang masa nonton drama kat tv. Krup krap krup krapp krapp krup. Ada ke yang nak tau cara nak buat cakar ayam bihun ? Jom saya kongsikan resipi cakar ayam bihun yang mudah dan simple :

Resepi Cakar Ayam Bihun Viral
Resepi Cakar Ayam Bihun Sukatan Cawan


Resepi Cakar Ayam Bihun Viral

Bahan untuk resepi cakar ayam bihun mudah :

Cakar Ayam Bihun Recipe
Cakar Ayam Bihun Resepi
Cara Membuat Cakar Ayam Bihun
Cara Buat Cakar Ayam Bihun


  1. Satu paket bihun
  2. Satu cawan gula pasir atau gula merah ( nak campur dua-dua pun boleh, pandai-pandai lah ye )
  3. Satu cawan air
  4. Minyak untuk menggoreng


Cara Buat Cakar Ayam Bihun

Cara membuat cakar ayam bihun :





  1. Masak gula bersama air dan kacau sampai gula larut
  2. Masukkan pewarna yang digemari sambil kacau-kacau.
  3. Masukkan bihun 
  4. Kacau sampai rata warna yang kita letak tadi.
  5. Perlahankan api dan masak bihun sampai betul-betul kering.
  6. Bahagikan bihun yang telah kering kepada beberapa bahagian kecil agar dapat saiz yang sama bila masuk dalam cawan nanti
  7. Panaskan miyak untuk menggoreng. Goreng bihun sampai garing. 
  8. Toskan bihun dan cepat-capat masukkan ke dalam cawan dan tekan guna cawan yang lain untuk bagi mampat. ( langkah ni kena cepat sebelum bihun jadi garing dan kita tak dapat nak bentukkan dia dah)





Step akhir, keluarkan bihun dari cawan dan adakan jarak antara satu sama lain agar dia tak melekat. Sekarang, siap sedia untuk di makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Cara buat kuih cakar ayam bihun mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain waktu. Semoga sukses.