Resepi Murtabak Maggi Kari Mudah Dan Sedap Paling Simple Viral. Selalunya menu berbuka puasa selain menu wajib nasi putih, dimakan bersama lauk yang kaya dengan sumber protien samada ayam, ikan, daging serta ulam ulaman akan ada kuih muih tradisional orang kita yang kami jadikan sebagai pencuci mulut. Salah satunya yang menjadi pilihan dan kena dengan selera kami satu keluarga adalah murtabak.

Oleh kerana tiada bazar ramadhan tahun ini, tak dapatlah nak merasa murtabak viral. Jadi, nak tak nak kena lah buat murtabak homemade. Maka terhasillah murtabak maggi kari yang mudah dan sedap ini. Menu hari petama berbuka puasa tahun ini.  Ada ke yang nak tau cara nak buat murtabak maggi kari ? Jom tengok resipi murtabak megi kari yang saya selitkan dekat bawah :

Resepi Murtabak Maggi Kari Mudah
Resepi Murtabak Maggi Kari Simple


Resepi Murtabak Maggie Kari Simple

Bahan untuk resepi murtabak maggi kari paling mudah :




  1. Satu bungkus Maggi Kari
  2. Tiga biji telur ayam
  3. Tiga biji bawang merah
  4. Sosej/ hirisan ayam/ daging (rebus skejap) 
  5. Garam sesedap rasa
  6. Ajinomoto
  7. Daun bawang
  8. Cukup rasa maggi ( optional )


Cara Buat Murtabak Maggi Kari

Cara masak murtabak maggi kari :




  1. Masukkan perencah maggi kari dan kacau hingga sebati. 
  2. Kemudian masukkan tiga biji telur, kedalam bahan yang kita masak tadi dan kacau hingga rata serta sebati.
  3. Rebus mee maggi hingga lembut.
  4. Masukkan mee maggi yang telah lembut ke dalam bahan yang tadi dan kacau hingga sebati.


Step akhir, panaskan minyak dan masak atas kuali. Sekarang siap untuk dihidangkan atas meja makan untuk santapan ahli keluarga mahupun kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Opss sebelum terlupa boleh juga nak hias dengan mayonis, sos cili, cheese atau yang sewaktu dengannya. Terserah selera memasing. Cara membuat murtabak maggi simple je kan, selamat mencuba semua. Semoga berjaya. Salam dan jumpa lagi jika berkesempatan.