Resepi Sambal Ikan Kelantan Sedap Simple Paling Ringkas.  Salam Jumaat semua. Moga dalam keadaan baik semuanya ye. Sempena cuti hujung minggu hari ni boleh lah saya siapkan menu dengan tenang kerana  tak perlu nak tergesa gesa terkejar kejar sana sini untuk sarapan anak sebelum ke sekolah. Ikan selayang rebus semalam ada lebihan lagi dalam periuk. Jadi untuk elak pembaziran sempat lah saya sediakan pulut sambal ikan kelantan yang sedap dan simple. Ada ke yang nak tau cara nak buat serunding ikan kelantan ? Jom tengok resipi serunding ikan kelantan yang saya selitkan dekat bawah :


Serunding Ikan Kelantan Resepi
Resepi Serunding Ikan Kelantan


 Resepi Serunding Ikan Kelantan Mudah

Bahan untuk serunding ikan kelantan sedap :


Cara Masak Serunding Ikan Kelantan
Cara Buat Serunding Ikan Kelantan

Resepi Sambal Ikan Kelantan


  1. Isi ikan selayang yang sudah direbus, dibuang tulang serta ditumbuk.
  2. Bawang merah, bawang putih, halia, cili kering  ( kisar ) 
  3. Santan, gula melaka dan asam keping.
  4. Gula dan garam sesedap rasa.
  5. Minyak untuk tumis


Cara Buat Serunding Ikan Kelantan

Cara masak serunding ikan kelantan :



  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga masak.
  2. Masukkan santan, garam dan gula melaka serta asam keping.

Step akhir, masukkan isi ikan dan kacau sampai sebati dan kering guna api yang sederhana besar. Sekarang siap untuk dihidangkan bersama nasi pulut bagi santapan ahli keluarga mahupun jiran tetangga yang bertandang ke rumah. Cara buat sambal ikan kelantan mudah je kan, selamat mencuba semua. Salam dan jumpa lagi di lain kali. Semoga sukses.