Cara Cepatkan Pokok Limau Kasturi Berbuah.  Pokok limau kasturi tidak berbuah ? Bagaimana kaedah untuk cepatkan proses pokok limau kasturi berbuah ? Ikuti tips dan panduan berikut :

Pokok Limau Kasturi Berbuah Lebat
Pokok Limau Kasturi



1. Teknik Cepatkan Pokok Limau Kasturi Berbuah

1. Trim daun pokok limau kasturi anda
2. Letak baja bunga.
3. Sekali sekala letak baja tinja atau baja ajinamoto

Cara Buat Baja Ajinamoto Untuk Pokok

Nisbah saya buat satu sudu dicampur setengah baldi air. Setakat hari ini, baja ajinamoto yang saya gunakan telah berjaya menggemukkan dan menyihatkan pokok limau kasturi, pokok pandan dan kari yang saya tanam. Selamat mencuba.

2. Cara Paksa Pokok Kasturi Keluarkan Buah

1. Siram dngan air basuhan beras bersama taik ikan. peram selama smggu. 
2. Siram seminggu sekali.
3. Pastikan tutup hidung sebab baunya boleh membunuh anda.


3. Cara Buat Pokok Limau Kasturi Stress

Kalau sudah cuba semua petua di atas, boleh cuba teknik ini pulak. Jangan siram pokok limau kasturi anda dalam tempoh masa seminggu hingga sepuluh hari. Bila nampak pokok limau kasturi tersebut sudah layu baru kembali siram. Amalkan dalam sebulan dua. Ini nak bagi pokok limau kasturi stress untuk paksa keluarkan buah.

Diharap perkongsian tentang cara penjagaan pokok limau kasturi diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa kongsikannya dengan yang lain. Terima kasih.