Resepi Pau Goreng Kacang Merah Gebu Lembut Mudah

Resepi Pau Goreng Kacang Merah Gebu Lembut Mudah. Sarapan pagi kami sekeluarga, kuih pau goreng inti kacang merah dan pau sambal inti sardin gebu, lembut dan sedap.Kawan-kawan apa ? Sesiapa yang nak cuba saya kongsikan resepi pau goreng inti kacang merah sukatan cawan  dibawah :

Resepi Pau Sambal Sardin
Resepi Pau Goreng Kacang Merah


Resepi Pau Goreng Kacang Merah Mudah Sedap Simple :

Bahan untuk resepi pau kacang merah simple :

  1. Satu kilogram tepung gandum
  2. Satu paket yis mauripan (bancuh bersama satu cawan air suam )
  3. Empat sudu marjerin
  4. Satu sudu besar soda bikarbonat dan satu sudu kecil garam (bancuh  bersama satu cawan air)
  5. Satu cawan gula 
  6. Air secukupnya untuk menguli (sampai adunan tidak melekat pada tangan)
  7. Inti kacang merah ( saya beli dekat kedai )

.
Cara Buat Pau Goreng Kacang Merah

Cara cara membuat pau kacang goreng kacang merah :

  1. Campur semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai adunan tidak melekat pada tangan. ( air masukkan sedikit demi sedikit.
  2. Dah siap ulu, biarkan doh seketika sampai naik dua kali ganda.
  3. Dah naik dua kali ganda, uli kembali untuk keluarkan angin.
  4. Buat bulat-bulat ikut saiz yang kita nak tapi jangan besar sangat sebab goreng nanti dia akan kembang.
  5. Masukkan inti kacang merah ke dalam doh

Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sampai warna bertukar keperang- perangan. Roti akan tenggelam, mengembang dan timbul semula. Balik-balikkan untuk pau goreng masak dengan sekata. Siap. Kepada yang sedang nak cari resepi pau sambal, boleh guna resepi pau goreng untuk buat pau sambal kerana kita hanya perlu tukarkan inti kacang merah kepada sambal. Selamat mencuba. 

Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Asli Original Tradisional

Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Asli Original Tradisional. Siapa pernah makan lauk ikan masak sepuh yang sedap dan sihat ni? Ikan panggang kosong, hiris bawang merah tabur atas ikan, siram dengan sos special. Lauk paling rare dan penuh tradisi sebab setakat ini hanya jumpa di Terengganu sahaja, negeri lain tak tahu lah kot kalau ada juga. Saya kenal dengan ikan masak sepuh masa pergi rumah kawan satu kolej masa belajar dulu di Terengganu. Lama betul tak jumpa dia. Masa pekena hari tu, dia hidangkan sekali dengan sayur lemak. Memang nikmat sampai saya habis tiga pinggan. Sebelum balik terus pesan suruh tulis siap-siap resepi ikan masak terengganu :

Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Asli
Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu


Resepi Ikan Masak Sepuh Terengganu Original Tradisional Asli

Bahan untuk resepi sos ikan masak sepuh sedap :
  1. Dua sudu besar cili boh
  2. Dua sudu besar nissan atau gula melaka ( nak letak lebih nak kurangkan pun boleh )
  3. Setengah sudu kecil air asam jawa
  4. Belacan
  5. Garam

Cara Buat Ikan Masak Sepuh

Cara masak ikan masak sepuh :

  1. Masukkan semua bahan diatas dalam lesung
  2. Gual sampai sebati
  3. Kena guna lesung juga tau baru ada sedap.

Dah siap buat sos ikan masak sepuh, siram atas ikan panggang kosong bersama hirisan bawang tadi. Selamat mencuba.

> Resepi Rojak Kateh Terengganu Asli Tradisional Original

Resepi Ikan Percik Kelantan Mudah Sedap Asli Original

Resepi Ikan Percik Kelantan Asli Original Tradisional Mudah Sedap. Assalamualaikum. adik kakok abe abe pok cik mok cik semua. Selamat petang dan moga sihat sejahtera semua. Hari ini saya masak percik ikan yang mudah dan sedap hingga menjilat siku. Resepi percik ikan kelantan mudah ada saya kongsikan di bawah :

Resepi Ikan Percik Kelantan Mudah
Resepi Ikan Percik Kelantan



Resepi Ikan Percik Kelantan Asli Original Tradisional

Bahan untuk resepi ikan percik kelantan sedap :

  1. Tujuh  ekor ikan selar
  2. Satu gelas Santan pekat.
  3. Dua gelas air.
  4. Satu keping asam keping atau asam gelugur.
  5. Dua sudu kecil kunyit serbuk
  6. Garam dan gula sesedap rasa

Bahan Kisar :
  1. Lima ulas bawang merah
  2. Empat ulas bawang putih
  3. Enam biji cili kering ( rendam air panas )
  4. Setengah inchi halia.
  5. Satu batang serai ( hiris nipis).
  6. Satu sudu besar kerisik
Cara Buat Ikan Percik Kelantan

Cara cara membuat ikan percik :
  1. Siang dan cuci ikan.
  2. Blend semua bahan kisar
  3. Ambil satu sudu besar bahan kisar + kunyit Serbuk dan 1 sudu kecil garam. Lumurkan dan perap ikan 10 minit.
  4. Bakar ikan.
Cara Buat Kuah Percik Ikan

Cara buat kuah percik kelantan ;
  1. Masukkn santan dalam kuali dan air. 
  2. Panaskan seketika. Kemudian masukkan asam keping
  3. Masukkn bahan kisar dan kacau sampai rata. 
  4. Masak hingga kuah percik pekat.
Akhir sekali, lumur kuah percik pada ikan yang sedang dibakar agar meresap pada ikan. Yang lebih boleh buat kuah. Siap. Cara nak buat ikan percik kelantan mudah je kan, selamat mencuba.

> Resepi Ayam Percik Kelantan Asli Original Tradisional

Resepi Peria Goreng Celup Tepung Rangup Crispy Sedap

Resepi Peria Goreng Celup Tepung Rangup Crispy Sedap. Inilah hasil kerja saya di dapur tadi, peria goreng rangup dan crispy. Dulu anak-anak saya tidak suka makan sayur peria terutama bila saya masak tumis peria atau buat samba perial namun ianya berubah setelah saya buat peria goreng crispy. Yang lagi kelakar adalah siap ada yang buat bekal pergi sekolah lagi.

Resepi Peria Goreng Rangup Dan Garing
Resepi Peria Goreng Rangup


Resepi Peria Goreng Salut Tepung Rangup Crispy Sedap

Bahan untuk peria goreng sedap :
  1. Dua biji sayur peria
  2. Satu cawan tepung Bestari ( Tepung jenama lain pun boleh )
  3. Dua cawan tepung gandum
  4. Setegah cawan tepung beras
  5. Dua sudu tepung jagung
  6. Sedikit kapur untuk rendam peria yang telah di hiris.

Cara Buat Peria Celup Tepung

Cara cara membuat peria salut tepung :


  1. Hiris sayur peria nipis-nipis dan rendam dengan air kapur selama dua puluh minit. 
  2. Kemudian basuh bersihkan dan toskan.Asingkan seketika.
  3. Gaul semua tepung diatas ( jika nak tambah garam atau perasa pun boleh )
  4. Masukkan peria yang telah ditoskan tadi dan gaul sampai rata.
Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng sampai betul-betul garing. Kalau tak garing, nanti lemau. Cara nak buat peria celup tepung mudah je kan, selamat mencuba semua.

Resepi Kastard Durian Sedap Mudah Simple Senang Ringkas

Resepi Kastard Durian Sedap Mudah Simple Senang Ringkas. Semalam saya ada post resepi pau kukus gebu dan lembut tapi belum tidak sempat untuk kongsikan tentang resepi inti castard durian yang saya letak dalam pau tersebut. Jadi alang-alang ada masa terluang ni, saya kongsikan kepada kawan-kawan cara nak buat kastard durian :

Resepi Inti Kastard Durian
Resepi Kastard Durian Sedap

Resepi Inti Kastard Durian Mudah Sedap Simple Ringkas Senang

Bahan untuk inti kastard durian simple :

  1. Dua cawan durian
  2. Setengah cawan tepung kastard
  3. Setengah cawan tepung gandum
  4. Satu cawan gula ( boleh kurangkan tau lebihkan ikut selera )
  5. Tiga cawan santan
  6. Garam secukup rasa
  7. Satu helai daun pandan simpul
Cara Buat Kastard Durian

Cara cara membuat inti kastard durian :


  1. Campur semua bahan diatas
  2. Kacau atas api sederhana sampai pekat melekat.
  3. Kemudian, sejukkan.


Siap. Sekarang dah boleh letak dalam kuih pau yang anda buat. Selain inti custard durian, kawan-kawan juga boleh letak inti kelapa gula merah atau inti kacang. Biasa kalau inti kacang merah saya beli siap-siap dekat kedai kek manakala kalau inti kelapa merah saya akan buat secara homemadei. Cara nak buat inti kelapa gula merah boleh tengok dekat bawah ya. Selamat mencuba.

Resepi Inti Kelapa Gula Merah Simple Sedap Mudah