Cara Simpan Sayur Sentiasa Segar Dan Tahan Lama. Pernah atau tidak anda dengar petua bagi mengekalkan kesegaran sayur agar tahan lebih lama?  Jika tidak, jom ikuti tips berikut :

Rahsia Sayur Sentiasa Segar
Cara Pastikan Sayur Sentiasa Segar


Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama Dan Sentiasa Segar

Bagi mengelakkan sayur yang anda beli menjadi layu serta tidak mudah rosak, anda boleh gunakan botol minuman terpakai.

1. Potong botol yang mahu digunakan dan jadikan botol tersebut kepada dua bahagian.
2. Masukkan sayur ke dalam botol tersebut. 
3. Selepas itu, isi sedikit air ke dalam botol yang anda gunakan 

Pastikan air yang anda isi tidak lebih dari akar sayur kerana ianya dapat membantu sayur mendapat sumber air yang berterusan dan bernafas seperti biasa. Kaedah ini dapat memastikan sayur anda sentiasa segar dalam tempoh seminggu. Selamat mencuba.