Resepi Kuih Bakul Bebola  Goreng Yang Sedap Mudah.  Apakah bahan dan bagaimana cara untuk menyediakan bebola kuih bakul goreng secara homemade? Ikuti perkongsian resipi berikut :

Resepi Mudah Kuih Bakul Bebola Goreng
Kuih Bakul Resepi


Resepi Bebola Kuih Bakul Goreng Yang Mudah Senang

Bahan-Bahannya :
  1. Secukupnya kuih bakul yang telah siap di potong dadu
  2. Sebiji ubi keledek kuning atau keledek ungu
  3. Lima puluh gram gula pasir
  4. Secubit garam 
  5. Dua biji telur ayam 
Cara Buat Bebola Kuih Bakul Goreng

1- Rebuskan dahulu ubi keledek dengan sedikit garam sampai empuk, selepas itu toskan serta sejukkan 
2- Lecekkan keledek dengan gula sampai lumat dan rata
3- Ambil sedikit ubi yang telah dilecek dan gentelkan sampai bulat ubi tersebut bersama kuih bakul di dalamnya 
4- Apabila sudah siap kesemuanya, celupkan ubi tersebut ke dalam telur serta goreng kedalam minyak yang telah dipanaskan sampai masak kekuningan. 
5- Jangan lupa untuk balik-balikkan kuih agar masak secara sekata.
6. Siap dan sudah boleh di makan. 

Kuih Bakul Nota

Kuih Bakul kalau masih baru, texturenya adalah sangat-sangat lembik. Bagi mempercepatkan proses untuk pejal kan kuih bakul, simpan kuih bakul tersebut dalam peti selama tiga  ke tujuh hari sebelum dipotong.Apabila kuih bakul sudah siap masak, angkat kuih bakul dengan perlahan-lahan. Ingat, jangan smpai terpenyek atau terkepit kuat kuih bakul dengan penyepit kerana kuih bakul masih cair dan akan melimpah keluar dari ubi .Selamat Mencuba dan jangan lupa kongsikan recipe nian gao balls ini dengan yang lain.