Resepi Spaghetti Bolognese Yang Mudah Sedap Dan Jimat

Resepi Spaghetti Bolognese Yang Mudah Sedap Dan Jimat. Pagi ini saya ingin kongsikan kepada kawan kawan yang belum.mempunyai resepi Spaghetti Bolognese yang enak. Mari saya nak share. Resepi ini adalah hidangan untuk sepuluh orang makan dan hanya mengeluarkan duit kurang dari ringgit Malaysia lima puluh :

Resepi Spaghetti Bolognese Simple Prego
Resepi Spaghetti Bolognese


Resepi Spaghetti Bolognese Prego Simple Dan Sedap


Bahan Untuk Masak Spagetti Bolognese :

  1. Satu paket besar daging kisar Ramly (4 pcs)
  2. Dua paket spaghetti. Saya pakai kimball seperti dalam gambar.
  3. Satu tin kimball tomato Sup
  4. Satu botol besar Prego Spaghetti Bolognese
  5. Satu sach sup cendawan kimball
  6. Tiga biji Tomato segar dipotong
  7. Dua biji bawang holland dicincang
  8. Boleh juga tambah hirisan cendwan butang
  9. Minyak masak serta garam
  10. Sedikit dry origano. Jika tidak ada pun takpe.

Cara Masak Sos Sphagetti Bolognese

  1. Tumiskan bawang holland dalam minyak panas sampai kekuningan. Masukkan potongan tomato 
  2. Masukkan daging kisar ramly ( hancurkan smula dengan menggaul kepingan daging dlm besen )
  3. Kacau daging sampai masak.
  4. Masukkan sos prego, sup tomato serta cendwan kimball bersama segelas air
  5. Kacau sampai mendidih dan kuah agak pekat.
  6. Masukkan origano serta garam secukup rasa

Cara  Rebus Spaghetti

  1. Masak air yang banyak atau dalam periuk besar sampai mendidih.
  2. Masukkan shagetti.. Rebus sampai lembut
  3. Tuang ke dalam  penapis.
  4. Lalukan sphagetti ke bawah air paip. Balik-balikan biar rata semuanya kena air. Ini adalah cara untuk mengelak spaghetti daripada melekat.

Siap sudah Spaghetti Bolognese hasil air tangan anda. Jangan lupa kongsikan resipi spaghetti bolognese diatas dengan orang lain ya. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

×