Resepi Spaghetti Carbonara Yang Mudah Dan Sedap

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Mudah Dan Sedap. Hari ini rasa mcm nk kongsi satu resipi sebelum saya pergi bercuti. Anak-anak semua suka sangat sebab tidak pedas. Spaghetti Carbonara saya buat untuk pergi keja shift petang tadi yang tidak seberapa ni. Boleh la buat makan dengan kawan sekerja.

Cara Masak Spaghetti Carbonara
Resepi Spaghetti Carbonara

Resepi  Spageti Karbonara Simple Sedap Senang

Bahan Buat Spaghetti Carbonara

  1. Pasta (saya suka guna fettuccine punya )
  2. Bawang Putih
  3. Bawang Holland
  4. Lada Benggala
  5. Tomato
  6. Ayam
  7. Sotong
  8. Cendawan Butang
  9. Susu segar
  10. Cooking cream
  11. Herba Basil
  12. Kiub Pati Ayam ( boleh juga ganti dengan hirisan buah zaitun )


Cara Masak Spagetthi Carbonara

1. Tumis bawang putih dulu sampai naik bau. Sebaiknya pakai minyak zaitun baru sedap sikit.
2. Kemudian campak je bahan basah ( ayam, sotong, cendawan butang ) dan kacau.
3. Masukkan satu kiub pati ayam
4. Masukkan susu segar dan  cooking cream dengan anggaran sendiri.
5. Masukkan herb setengah sudu kecil
6. Apabila kuah sudah mula menggelegak, masukkan lada benggala (capsicums),tomato serta hirisan bawang tadi. Lebih sesuai kalau pakai tomato cherry.
7. Akhir sekali masukkan hirisan buah zaitun kemudian padamkn api..

Setelah api dipadamkan, masukkan pasta yang sudah direbus dengan sedikit minyak dan garam . Gaul sampai sebati bersama kuah spagetthi carnbonara anda. Siap untuk dihidangkan dan dijamu. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment