Cara Membuat Bedak Sejuk Organik Guna Beras Homemade. Kegunaan bedak sejuk kepada si pemakainya dapat memberi banyak khasiat serta manfaat. Namun, tahukah anda bagaimana cara untuk membuat bedak sejuk ? Jika tidak, ikuti perkongsian tentang cara membuat bedak sejuk secara tradisional dan mengunapakai bahan-bahan organik berikut :

Cara Membuat Bedak Dingin
Cara Membuat Bedak Sejuk



Cara Membuat Beras Sejuk Menggunakan Beras

Bahan :

  1. Beras ( pilih beras yang berkualiti tinggi ) yang siap  dibasuh bersih
  2. Air pandan
  3. Bunga tanjung, bunga melur dan bunga chempaka
  4. Akar dan rempah yang berkhasian macam jintan hitam, kencur, kunyit serta kayu manis.

Cara Membuat Bedak Sejuk Dengan Mudah Dan Betul

1. Rendam beras dalam air pandan selama tiga hari tiga malam. Jangan lupa untuk tutup dengan kain untuk  halang binatang atau habuk kecil masuk.

2. Taburkan bunga tanjung, cempaka dan melur ke dalam ramuan bedak sejuk anda bagi mendapatkan aroma yang wangi dan segar.

3. Simpan ramuan bedak sejuk anda di tempat yang senang mendapat titisan embun.

4. Selepas itu, ambil akar dan rempah yang anda sediakan. Tumbuk, keringkan serta ditapis.

5. Selepas tiga hari tiga malam, beras yang anda rendam tersebut akan mengembang dan mengeluarkan bau yang wangi.

6. Tumbuk beras sampai halus macam tepung.

7. Tapis atau ayak beras tersebut untuk mendapatkan yang benar-benar halus.

8. Campurkan beras tersebut bersama akar dan rempah yang telah anda tapis halus.

9. Masukkan sedikit air untuk mmenggentel bagi membentuk bedak sejuk anda.

10. Jemur sehingga kering ( tiga hari dan keatas )

11. Dah boleh menggunakannya.

Semoga perkongsian tentang cara membuat bedak sejuk sendiri di rumah menggunakan bahan organik diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa bantu kami sebarkan maklumat ini kepada mereka yang lain dengan klik  pada  simbol g+1 dibawah. Terima kasih.