Cara Perkenalkan Diri Semasa Temuduga Dengan Betul. Soalan permulaan merupakan titik mula menentukan samada anda akan lebih yakin serta lancar ketika sesi temuduga atau sebaliknya. Jesteru, amat penting bagi membuat persediaan dengan mengarang jawapan bagi "soalan wajib ditanya" ini untuk memudahkan anda menjawabnya sepanjang proses temuduga berlangsung.

Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview Dengan Betul
Cara Kenalkan Diri Ketika Interview


Kesalahan Yang Biasa Di Lakukan Semasa Temuduga

Kesalahan yang biasa dilakukan semasa memperkenalkan diri adalah anda menceritakan tentang sekolah, adik beradik kita, hobi dan aktiviti semasa lapang. Kecuali di soal oleh panel penemuduga, ianya tidak penting.

Menjawab salah satu soalan bocor temuduga ini, anda perlulah lebih mengaitkan diri dengan jawatan yang anda pohon. Oleh sebab itu, anda perlu mengarang sebelum ke sesi temuduga yang sebenar kerana anda boleh memikirkan tentang apa yang perlu dan tidak perlu dimasukkan ke dalam karangan memperkenalkan diri anda tersebut. Ini bukan sahaja mampu membantu anda menjawab soalan semasa interview dengan lancar malah menjadikan anda lebih tenang ketika berhadapan dengan panel temuduga.


Cara Perkenalkan Diri Semasa Interview Yang Betul

1. Pembukaan: Mulakan dengan pengenalan pendek.

  • Nama, asal, 
  • status perkahwinan, 
  • kelayakan akademik tertinggi, 
  • minat (kaitkan dengan jawatan dipohon)


2. Ringkasan pengalaman kerja anda :

  • Kaitkan pengalaman kerja anda yang lepas dengan jawatan yang anda sedang pohon sekarang walaupun hanya kerja sementara.

3. Beri jawapan yang ringkas, padat dan bermakna : 

  • Jangan bercerita ‘kosong’ dengan penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan anda berkenaan soalan tersebut haruslah mempunyai ‘makna’. Iaitu, setiap penerangan jawapan anda haruslah menyokong peluang anda untuk merebut jawatan yang sedang dipohon.

Diharap perkongsian tentang cara kenalkan diri semasa interview diatas dapat memberi anda sedikit manfaat. Jangan lupa untuk studi tentang syarikat yang anda mohon, tugas bagi jawatan yang dipohon, dan isu-isu terkini dalam dan luar negara. Selamat menghadapi temuduga dan semoga berjaya.Amin.