Karipap Frozen Tahan Lama

Cara Buat Karipap Frozen Tahan Lama.  Jika kawan-kawan nak tahu, salah satu sumber pendapatan sampingan saya datangnya dari meniaga karipap pusing. Saya guna resepi karipap pusing sukatan cawan, mudah sikit. Syukur, ramai pelanggan bagi maklum balas yang positif. Ada yang cakap kulit karipap rangup, tak kurang juga yang kata inti padat, dan sedap.  Nanti kalau ada masa terluang lagi, saya akan update resepi karipap sukatan cawan dekat blog ini. Hari ini saya nak kongsikan dahulu tentang bagaimana cara nak frozen karipap supaya tahan lama. Semoga ianya memberi sedikit manfaat.

Karipap Frozen Tahan Lama
Karipap Frozen Tahan Lama

Resepi Karipap Frozen Tahan Lama 


Kaedah pertama        :    Bakar karipap dalam oven pada suhu 160 selama kurang lebih dua puluh minit.

Kaedah yang kedua  :  Sejuk bekukan terus karipap, bila dah keras baru packing. Means, apabila sudah kelim karipap dan susun dalam loyang yang beralas kertas minyak, masukkan terus dalam frezer biar karipap jadi keras.Dah keras baru bungkus.


Itu lah dua cara untuk frozenkan karipap yang saya guna.  Kejap-kejap pakai kaedah pertama, kadang-kadang pakai yang kedua lak. Karipap frozen tahan berapa lama ? Lebih kurang dalam satu hingga dua bulan macam tu la. Hah! sebelum saya terlupa, kalau sesapa yang ada cara frozen karipap yang lain, mungkin boleh kongsikan diruangan komen yang telah disediakan dibawah untuk rujukan bersama di masa kini dan akan datang.

>Resepi Kulit Karipap Rangup Cantik Lembut Gebu

No comments:

Post a Comment

×