Resepi Air Jagung Ketagih Kaw Sedap Simple Lemak

Resepi Air Jagung Ketagih Kaw Sedap Simple Klebang Lemak Berkrim. Ingat tak sebelum ni saya pernah kongsi resepi teh susu kaw masak dalam periuk ? Tak sangka jadi viral. Okey, hari ini saya nak kongsikan satu lagi rahsia resepi air jagung kaw. Serius sedap, lemak berkrim dan yang paling penting senang nak buat air jagung ni.



Resepi Air Jagung Goreng Dalam Periuk Kaw Sedap

  1. Perisa jagung
  2. Susu pekat
  3. Susu cair
  4. Coffe mate
  5. Gula
  6. Garam



Cara Buat Air Jagung Kaw Lemak Berkrim Rasa Asli

  1. Rebus air dalam periuk masak sampai mendidih
  2. Masuk kan bancuhan Perisa jagung (jenama apa apa pun boleh)
  3. Masuk kan susu pekat
  4. Masuk kan sedikit susu cair
  5. Masuk kan tiga sudu besar coffee mate
  6. Masukkan sedikit gula jika suka
  7. Akhir sekali, masukkan sedikit garam bagi naik rasa lemak
  8. Sentiasa kacau sampai sebati
  9. Bila dah berbuih, dah boleh tutup api.


Bila dah berbuih ( tanda masak ), dah boleh tutup api dapur dan hidangkan dalam  jug bersama ais. Sedap baq hang. Cuba jangan tak cuba. Kalau sesapa yang nak kongsi resepi air jagung asli kat atas tu, jangan lupa bagi kredit ke blog ini atau kasi kredit ke page fb Resepi Simple. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

×