Resepi Air Teh Susu Goreng Atas Dapur. Sesiapa peminat teh ais kaw, meh nak kongsi satu rahsia untuk mendapatkan teh ais susu lemak berkrim, sedap, dan betul-betul kaw. Tak payah bancuh. Masak atas dapur.

Air Teh  Susu Goreng
Resepi Air Teh Goreng


Cara Buat Air Teh Susu Goreng Atas Dapur

  1. Masukkan air kosong masak hingga mendidih ( kuantiti air agak-agak banyak mana awak nak)
  2. Selepas itu, masukkan teh ( tiga uncang/ serbuk), renehkan dalam tempoh masa kurang lebih 5 minit
  3. Buang uncang teh
  4. Tambah susu cair dan susu pekat
  5. Masak sampai berbuih dan mendidih
  6. Akhir sekali, wajib tambah garam sikit bagi naik rasa lemak ( boleh tambah gula sedikit jika suka ya )

Sekarang siap, cubalah rasa dan nikmati lah air teh susu anda dengan aman dan tenteram.