Resepi Air Teh Tiga Layer Simple Sedap Mudah. Jom kawan-kawan buat air teh 3 layer, lemak manis dan berkrim gitu. Siapa yang suka boleh ambil resepi teh 3 lapis dekat bawah. Tak payah minum dekat kedai mamak dah. Ada gak orang panggil air ni sebagai air teh c peng.

Resepi Sirap Bandung Tiga Layer
Resepi Teh Tiga Layer


Resepi Air Teh Tiga Layer Sedap Lemak Berkrim

  1. Susu cair
  2. gula melaka
  3. teh atau sirap

Cara Buat Air Teh 3 Lapis
  1. Rebus seketul gula melaka bersama secawan air kosong sampai pekat dan biarkan sejuk.
  2. Bila dah sejuk, ambil gelas atau cawan dan  tuang air gula tersebut
  3. Kemudian, masuk air batu sampai penuh,
  4. Selepas itu, tuang susu cair, jangan risau  kerana susu tak akan bercampur dengan air gula
  5. Akhir sekali, tuang air teh kosong pekat ( nak letak sirap pun boleh je )
  6. Siap

Resepi Sirap Bandung Tiga Layer pun boleh guna resepi ini hanya gantikan teh kepada sirap. Lagi satu, sebelum minum jangan lupa kacau dulu sebab manisnya terletak pada gula melaka. Selamat mencuba.

> Resepi Teh Tarik Mamak Sedap Lemak Berkrim