Resepi Ayam Berempah Mamak Goreng Sedap Simple Rangup

Resepi Ayam Berempah Mamak Goreng Sedap Simple Rangup. Sesiapa yang biasa makan di restoran mamak mesti dah biasa makan ayam goreng mamak warna merah. Penampilan ayam goreng mamak yang memukau, berempah, nampak sedap, dan rangup akan membuat sesiapa saja yang melihatnya tergoda. Jom saya kongsikan resepi ayam goreng berempah mamak homemade :

Resepi Ayam Berempah Mamak Goreng Best
Resepi Ayam Berempah Mamak


Resepi Ayam Berempah Mamak Simple Crispy Special


Bahan perap ayam goreng mamak :

  1. Satu ekor ayam
  2. Enam sudu makan tepung beras
  3. Enam Sudu makan tepung jagung
  4. Empat tangkai daun kari


Bahan kisar ayam berempah mamak :

  1. Dua inchi halia
  2. Lima tangkai cili kering
  3. Enam ulas bawang putih
  4. Dua sudu makan rempah kari
  5. Sebiji telur ayam
  6. Sesudu makan lada sulah
  7. Garam secukup rasa

Cara Buat Ayam Berempah Mamak

  1. Potong ayam kepada beberapa bahagian
  2. Blend semua bahan kisar yang telah dinyatakan diatas
  3. Masukkan ayam ke dalam bekas bersama bahan yang telah disiap dikisar
  4. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan daun kari
  5. Gaul sampai sebati
  6. Perap lebih kurang setengah jam keatas

Lepas dah siap perap, letak kuali atas dapur dan panaskan minyak. Goreng sampai ayam bertukar warna keemasan dan toskan. Sekarang dah boleh hidang atas meja. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

×