Resepi Ayam Goreng Uncle Bob Yang Mudah Sedap. Selalu anak-anak sanggup tunggu satu jam untuk dapatkan ayam gunting uncle bob dekat pasar malam harga rm7. Hari ini mama buat je sendiri di rumah. Ayam RM10 bahagian isi sahaja mama dapat 9 keping besar-besar. Resepi ayam uncle bob pun senang je :

Cara Buat Ayam Uncle Bob
Resepi Ayam Goreng Uncle Bob

Resepi Ayam Gunting Uncle Bob Simple Best Senang

Lepas basuh ayam, tumbuk ayam dengan penuh kasih sayang. Pakai lesung batu pun boleh sebab nak kasi nipis. Jangan kuat-kuat sangat nanti hancur pulak. Lepas tu baru perap ayam dengan cili kering serbuk, rempah kari daging, perencah ayam tumix, garam sedikit sahaja ya.

Cara Buat Ayam Goreng Uncle Bob Lengkap

Kemudian, bila sudah gaul rata pecahkan telur dan masukkan 2 senduk tepung gorengan cap Bistari dan baking powder. Selepas itu, golekkan semua atas tepung Bistari yang kering pula. Akhir, goreng deep fried. Sekarang siap dan rasanya tentu sahaja sedap lagi dari yang pasar malam sebab saya yang masak.

> Resepi Serbuk Cili Ayam Gunting