Resepi Biskut Jejari Coklat Celup Salut Nestum. Projek Nini Coklat Celup dengan anak-anak.Dah lama mereka suruh buatkan coklat celup tapi masa tak mengizinkan. Sempena hari cuti sekolah boleh lah ajar anak-anak cara buat biskut jejari salut coklat sendiri. Biskut jejari salut coklat adalah salah satu resepi biskut raya mudah dan kegemaran saya pada setiap tahun.

Resepi Biskut Jejari Coklat
Biskut Jejari Coklat


Resepi Biskut Jejari Salut Coklat Simple Sedap Ringkas

Bahan untuk buat coklat celup :
  1. Seratus gram coklat masakan, saya pakai dark coklat tap kalau nak  guna serbuk koko pun boleh.
  2. Satu sudu makan susu pekat
  3. Tiga sudu makan air panas

Cara Buat Biskut Jejari Coklat Celup

  1. Campur semua bahan dan masak secara double boiler hingga likat
  2. Dah siap,celup biskut jejari dalam adunan coklat tersebut.
Kalau nak nampak cantik macam saya buat, tabur atau golekkan atau celup dalam nestum dan bahan-bahan yang sewaktu dengannya. Sekian, terima kasih.