Resepi Brownies Kedut Mudah Sedap Sukatan Cawan

Resepi Brownies Kedut Mudah Sedap Sukatan Cawan. Saya nak kongsi resepi brownis sedap, moist dan mudah sangat. Paling ringkas kot. Jualan tiga bulan lalu hampir seratus kotak lebih terjual . Sampai sekarang pelanggan ketagih dengan brownise saya. Pelanggan kata saya letak dadah, tak patut sungguh. Rahsianya terletak pada kasih sayang masa buat brownise sebenarnya. Cewah.

Resepi Brownies Kedut Mudah
Brownies Kedut Mudah



Resepi Brownies Kedut Mudah Sukatan Cawan

Bahan buat brownies :

  1. Satu bar dark coklat ( Brand Beryl's )
  2. Separuh butterlite
  3. Tiga biji telur ayam gred B
  4. Dua cawan tepung gandum cap sauh atau cap kunci
  5. Satu setengah cawan gula kastor
  6. Satu sudu kecil esen vanila
  7. Satu sudu kecil baking powder
Cara Buat Kek Brownies Kedut


  1. Cairkan Coklat bersama butter guna kaedah double boiler.
  2. Pukul telur dengan gula, pukul manja manja je taw. 
  3. Kemudian masukkan esen vanila pukul lagi sampai sebati
  4. Masukkan tepung, kacau hingga hilang ketul-ketul tepung tersebut. 
  5. Selepas itu, letak baking powder.
  6. Dah letak baking powder, masukkan adunan coklat dan butter yang dicairkan sebentar tadi.
  7. Tuang atau masukkan ke dalam loyang size 9x9 inchi
  8. Bakar pada suhu 160 pakai api atas bawah selama 40 minit atau sampai masak.

Sebelum bakar saya lapik baking paper dulu pada loyang dan sapu butter sikit supaya bila angkat mudah nak keluarkan. Nak potong masa panas-panas pun boleh, masa dah sejuk pun boleh. Tapi kalau kek masih panas, potongannya  tak berapa cantiklah.

No comments:

Post a Comment