Resepi Churros Tanpa Telur Sukatan Cawan Simpe Sedap Lembut Gebu. Syukur, dapat juga merealisasikan permintaan anak perempuan saya iaitu Churros aka kuih belimbing. Saya pakai resepi churros mudah dan sedap tanpa telur sukatan cawan.


Resepi Churros Tanpa Telur Sukatan Cawan
Resepi Churros Tanpa Telur

Resepi Churros Tanpa Telor Sukatan Cawan Mudah Lembut

Bahan untuk resepi churros mudah sukatan cawan  ;
  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Dua cawan air
  3. Dua sudu besar butter ( jika nak pakai planta pun boleh )
  4. Dua sudu besar gula
  5. Garam secukup rasa

Cara Buat Churros Tanpa Telur

Cara buat churros mudah :

  1. Didihkan air dalam kuali
  2. Masukkan butter, gula dan garam.
  3. Biarkan seketika sampai butter, gula dan garam hancur.
  4. Bila dah hancur, matikan api
  5. Masukkan gandum dan kacau cepat-cepat pakai sudip kayu, jangan sampai berketul tau
  6. Setelah adunan sebati, masukkan ke dalam nozzle piping
  7. Dan akhir, goreng.sampai masak

Kalau nak buat resepi churros tanpa piping bag atau nozzle piping, guna je acuan biskut dahlia atau biskut semperit. Sos churros saya buat guna jem coklat yang dicairkan bersama sedikit planta. Selamat mencuba.

> Resepi Kuih Cara Manis Tanpa Telur Sukatan Cawan