Resepi Coklat Brownies Sukatan Cawan Tanpa Telur

Resepi Coklat Brownies Sukatan Cawan Tanpa Telur. Dah lama rasanya tak buat kek, petang tadi tetiba rasa lapar nak makan benda manis terus pergi cari resepi brownies dan jumpa resepi coklat brownies tanpa telur. Tung tang tung tung, maka terhasillah brownies simple tanpa telur dan tanpa kedut ni. Takde kedut takpe asalkan rasa sedap, lembut, dan gebu. Dan yang paling penting, cara nak buat brownies ni, simple dan mudah sahaja.

Resepi Coklat Brownies Sukatan Cawan Tanpa Telur
Resepi Coklat Brownies Sukatan Cawan


Resepi Coklat Brownies Sukatan Cawan

Bahan A

  1. Satu cawan tepung gandum
  2. Satu sudu besar tepung jagung
  3. Suku cawan gula aising
  4. Setengah cawan serbuk koko
  5. Satu sudu teh soda bikarbonat
  6. Garam secukup rasa.


Sila ayak semua bahan diatas dan ketepikan.

Bahan B

  1. Secawan susu cair
  2. Dua sudu besar susu pekat
  3. Suku cawan minyak atau majerin
  4. Perasa vanilla sikit
Campur semua bahan diatas dan sebatikan.


Cara Buat Kek Coklat Brownies
  1. Gaul bersama bahan A dan bahan B pakai spatula

Tuang dalam loyang bersaiz 8x8 inchi atau 7x7 inci yang telah disapu dengan majerin. Tabur coklat chip dan kacang serta bakar pada suhu 160 kurang lebih setengah jam atau sampai masak. 

No comments:

Post a Comment

×