Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu. Jika ke Terengganu, tak pekena ICT atau ikan celup tepung pasti tak sah. Lebih-lebih lagi ikan celup tepung pok nong terengganu yang tengah hot sekarang. Nak cuba buat sendiri tak ikan salut tepung terengganu ni ? Ikuti resepi ikan goreng celup tepung terengganu berikut ;

Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu
Resepi Ikan Celup Tepung Kuala Terengganu


Resepi Ikan Celup Tepung Terengganu Rangup Crispy Simple Sedap

Bahan untuk buat ikan celup tepung terengganu original :

  1. Ikan ( perap ikan dalam air garam dalam masa kurang lebih lima minit )
  2. Satu cawan tepung beras
  3. Dua sudu tepung jagung
  4. Dua sudu tepung gandum
  5. Sebiji telur ayam
  6. Serbuk kunyit atau kari
  7. Sesudu air kapur makan
  8. Air secukupnya
  9. Garam sesedap rasa


Cara Buat Ikan Celup Tepung Terengganu

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali ikan dan kacau sampai sebati
  2. Pastikan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, sedang-sedang sahaja 
  3. Celupkan ikan dalam tepung, biar rata
  4. Goreng.
Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat sotong celup tepung, atau udang celup tepung. Resepi sama sahaja tapi hanya gantikan ikan dengan bahan mentah yang lain. Selamat mencuba.