Resepi Ikan Singgang Asam Pedas Terengganu

Resepi Ikan Singgang Asam Pedas Terengganu Original. Makan tengahari tadi bersama cik abang lauk ikan singgang asam pedas terengganu.Sedap, mudah dan simple. Sesiapa yang nak cuba buat resepi ikan singgang ada saya kongsi kat bawah :

Ikan Singgang Asam Pedas Terengganu
Ikan Singgang Asam Pedas Terengganu



Resepi Singgang Ikan Asam Pedas Terengganu

Bahan untuk masak ikan singgang asam pedas :

  1. Ikan yg sesuai ( biasanya yg bersisik )
  2. Satu labu bawang besar
  3. Satu ulas bawang putih
  4. Sepuluh biji lada jarum
  5. Satu sudu kecil ketumbar
  6. Sebesar ibu jari kunyit hidup
  7. Daun kesom sikit
  8. Tiga keping asam keping 3 kpg
  9. Gula dan gula


Cara Masak Ikan Singgang Asam Pedas Simple

  1. Tumbuk bahan yang telah dinyatakan diatas
  2. Masukkan ke dalam air bersama asam keping.
  3. Bila dah gelegak, masukkan ikan serta daun kesom


Dalam gambar kat atas tu ada batang keladi dan bunga kantan, saja- saja je saya tambah. Original resepi tak letak pun. Dan, ada jugak orang cakap yang singgang ikan asam pedas terengganu ni kalau campur nanas atau rebung jadi makin sedap lagi. Cubalah.

No comments:

Post a Comment

×