Resepi Kek Milo Kukus Mudah Simple Sedap Ringkas

Resepi Kek Milo Kukus Mudah Simple Sedap Ringkas. Pekena kek milo lembut di petang hari memang la syok. Lebih-lebih lagi, makan kek milo panas-panas masa tengah hujan sambil layan sinetron. Bahan dan cara buat kek milo gebu ada saya kongsi dekat bawah :

Kek Milo Kukus
Resepi Kek Milo Kukus Sedap


Resepi Kek Milo Kukus Simple Paling Mudah Sedap

  1. Tiga sudu makan tepung gandum
  2. Tiga sudu makan milo
  3. Dua sudu makan minyak msak
  4. Dua sudu makan susu pekat
  5. Dua sudu makan gula
  6. Setengah sudu makan esen vanila
  7. Setengah sudu kecil soda bikarbonat
  8. Dua sudu makan air suam


Cara Buat Kek Milo Kukus

  1. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul sampai sebati.
  2. Kemudian, kukus hingga masak
  3.  Siap.


Nak lagi sedap, taburkan milo atas kek bila dah masak. Jangan tak percaya pulak bila tengok resepi kek milo sukatan sudu sahaja gunanya tapi kek besar. Ini sebab bila dah campur semua bahan nanti dia jadi banyak. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment