Resepi Kek Minyak Kukus Sukatan Cawan Simple Sedap Lembut Gebu. Ingat nak cuba buat kek minyak tanpa telur, tapi resepi kek minyak tanpa telur yang kawan bagi hari tu lupa pula letak dekat mana. Cari punya cari, terjumpalah resepi kek minyak sukatan cawan yang saya guna masa meniaga dulu. Sesiapa yang nak buat kek minyak, boleh ambil resepi ni. Senang dan simple je, yang penting ikut betul-betul langkah buat kek minyak yang saya kongsi dekat bawah :
![]() |
Kek Minyak Kukus Sukatan Cawan |
Resepi Kek Minyak Kukus Sukatan Cawan Gebu Lembut Moist
- Lima biji telur
- Setengah cawan gula
- Secawan susu pekat
- Secawan minyak masak
- Dua cawan tepung kek
- Satu sudu kecil ovalete
- Satu sudu kecil esen vanilla
Cara Buat Kek Minyak Sukatan Cawan
- Putar ( satu arah ) telur, gula, ovalete dan esen vanilla sampai kembang dan gebu
- Masukkan susu pekat dan putar
- Masukkan tepung kek dan minyak masak
- Putar ( satu arah ) sampai sebati tapi jangan lama sangat.
- Bila adunan dah siap bahagikan kepada beberapa bahagian yang anda mahu, kalau nak coklat letak serbuk koko dan yang sewaktu denganya.
- Pastikan dibancuh menggunakan air suam dan jangan terlalu cair.
Kukus sampai masak. Kalau takde pengukus, bakar dalam oven pada suhu 150 kurang lebih 45 minit. Terima kasih dan selamat mencuba.
0 Comments