Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Tanpa Perap. Saya dapat resepi kek sarang semut tanpa perap aka kek gula hanngus ni dari seorang saudara, kalau ada yang nak cuba buat ambil resepi dekat bawah ya.  

Resepi Kek Sarang Semut Tanpa Perap
Kek Sarang Semut Tanpa Perap


Resepi Kek Gula Hangus Tanpa Perap Sukatan Cawan

Bahan untuk masak gula hangus :

  1. Dua cawan air mendidih
  2. Dua cawan gula pasir
  3. Tiga sudu besar mentega

Cara Masak Gula Hangus
  1. Masukkan gula ke dalam periuk dan masak pakai api kecik
  2. Kacau sampai gula bertukar warna keperang-perangan.
  3. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau pelan-pelan.
  4. Masukkan mentega, kacau lagi sampai rata dan sebati.
  5. Matikan api, biarkan gula hangus sejuk.


Kek Hangus Tanpa Perap Sukatan Cawan

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Tujuh biji telur gred A
  3. Setengah tin susu pekat manis
  4. Dua sudu kecil soda bikarbonat
  5. Satu sudu kecil eisen vanilla
  6. Satu sudu kecil baking powder

Cara Buat Kek Gula Hangus Tanpa Perap
  1. Mix telur hingga kembang
  2. Masukkan aisen vanilla, susu pekat dan mix hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder yang telah siap diayak ke dalam acuan. Mix lagi hingga rata.
  4. Masukkan gula hangus yang sudah disedjukkan tadi. Mix lagi.
  5. Masukkan ke dalam bekas atau acuan yang telah anda sediakan.

Bakar  selama 45 minit guna api bawah sahaja dan lima minit guna api atas bawah.  Selamat mencuba.