Resepi Kerabu Mangga Simple Kampung Thai Sedap Mudah

Resepi Kerabu Mangga Simple Kampung Thai Sedap Mudah. Pertama kali buat kerabu mangga.Resepi dari ibu mentuaku. Suami kata hampir-hampir sama dengan air tangan maknya tapi dah tentu lah mak tiada tandingan masakkan nya.Sapa suka kerabu mangga macam ni ?Original dari kampung habaq mai. Resepi kerabu mangga dibawah ya :

Resepi Kerabu Mangga Cara Buat
Resepi Kerabu Mangga


Resepi Kerabu Mangga Mudah Dan Sedap Original Kampung

  1. 5 biji cili kering
  2. 3 biji cili padi
  3. 1 inci belacan
  4. 100 gram kelapa parut
  5. Sebiji buah mangga muda
  6. Garam 
  7. Gula
  8. Ikan kembong kukus (ambil isinya)
  9. 1 biji bawang besar
  10. Serbuk perasa jika perlu


Cara Buat Kerabu Mangga Ala Thai

  1. Kisar cili kering,cili padi,belacan dahulu. Agak-agak dah hancur masukkan kelapa parut dan kisar separuh tapi jangan terlalu hancur.
  2. Kemudian ambil mangga muda basuh sedikit agar masamnya hilang dan toskan
  3. Masukkan kesemua bahan yang siap dikisar sebentar tadi dan gaul bersama gula,garam,serbuk perasa.
  4. Hiris bawang besar nipis-nipis dan masukkan isi ikan yang siap direbus tadi.
  5. Gaul kesemua 
  6. Siap untuk dihidang

Selamat mencuba. Ikuti kami di fb page Resepi Simple untuk pelbagai lagi perkongsian resepi terkini.

No comments:

Post a Comment

×