Resepi Kerepek Popia Pedas

Resepi Kerepek Popia Pedas aka Popia Cheese Valcano. Mood rajin memanjang hari ini, maka terhasillah kerepek popia pedas untuk kudapan depan tv. Kegemaran cik abang dan anak-anak saya.  Kalau sesiapa yang tengah cari resepi kuih raya mudah, saya cadangkan buat kerepek popia ni sebab Resepi Kerepek Popia Pedas sangatlah simple dan semudah abc.

Resepi Kerepek Popia Pedas Cheese Volcano
Kerepek Popia Pedas


Resepi Kerepek Popia Pedas Simple Mudah Sedap Rangup

  1. Kulit Popia ( beli kulit popia saiz kecik ) 
  2. Gula icing
  3. serbuk cili
  4. garam secukup rasa
  5. serbuk cheese
  6. Secubit Volcano Cili powder HEXA

Cara Buat Kerepek Popia Pedas


  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. Potong kulit popia
  3. Bila minyak dah panas, goreng sekejap kulit popia sampai bertukar warna kekuningan tapi jangan lama sangat nanti hangus pula.
  4. Toskan
Cara Buat Serbuk Perasa Popia Pedas

  1. Kisar gula icing bersama serbuk cili, garam, serbuk cheese dan volcano cili powder.
  2. Kemudian rasa la sikit takut-takut terkurang or terlebih bahan. Bagi ikut selera.

Dah siap kisar, tabur dan gaulkan serbuk popia pedas homemade anda ke atas kulit popia yang telah anda goreng dan toskan tadi. Dan, simpan dalam bekas kedap udara.

1 comment:

Syazwani Lokman said...

Ada sukatan tak untuk bahan² ni kalau buat untuk satu paket popia

Post a Comment