Resepi Kueh Nona Manis Sukatan Cawan

Resepi Kueh Nona Manis Pandan Sukatan Cawan Simple Sedap Senang. Siapa suka makan nona manis? Yeaaa, kite geng. Saya suka makan, saya suka masak, dan paling saya suka bila saya buat orang hargai dan makan sampai licin. Rasa hilang penat dan seronok sangat. Saya kongsikan resepi nona manis sukatan cawan untuk 40 biji.

Resepi Kuih Nona Manis
Resepi Kuih Nona Manis


Resepi Kuih Nona Manis Mudah Sukatan Cawan

1) Bahan untuk buat kuih nona manis pandan A :

  1. Satu cawan air daun pandan
  2. Satu cawan tepung jagung
  3. Satu cawan santan


(masak atas api sampai pekat )

2)  Bahan untuk buat kuih nona manis ringkas B :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Satu cawan gula
  3. Dua cawan santan
  4. Dua biji telur
  5. Sedikit pewarna


(kisar semua bahan diatas )

3) Bahan untuk buat kuih nona manis sedap C

  1. Tiga cawan santan
  2. Lima sudu tepung gandum
  3. sedikit garam


(masak atas api tapi jangan terlampau pekat )

Cara Buat Kuih Nona Manis

  1. Masuk bahan A ke dlm bahan B
  2. Paip dalam acuan
  3. Masukkan bahan C di tengah-tengah


Kukus selama kurang lebih sepuluh minit. Kalau masa campurkan bahan a dan b berketul, kisarkan sekejap adunan tersebut dalam blender. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. Ingatkan susahh nak buatnye.. tq sudi share resepi 😁

    http://ninafarhanawm.blogspot.my

    ReplyDelete