Resepi Kuih Bangkit Tradisional

Resepi Kuih Bangkit Tradisional Sukatan Cawan. Assalamualaikum. Ada peminat tegar cik bulan sabit atau nama lainya Biskut Bangkit Kelapa Asli tak? Hari ni ingin kongsikan resepi kuih bangkit kelapa yang saya pakai untuk berniaga. Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus.  Jom cuba semua. Amat mudah untuk di sediakan. Rasa kelapa tu memang cair di mulut.

Resepi Kuih Bangkit Tradisional Mudah Sedap
Kuih Bangkit Tradisional


Resepi Biskut Bangkit Sukatan Cawan


  1. Satu cawan gula kastor
  2. Satu cawan majerin pelangi
  3. Satu cawan tepung gandum
  4. Satu cawan kelapa sagai ( kalau nak tukar bijan / Oreo / cheese / santan pun boleh ),
  5. Tiga cawan tepung ubi kayu
  6. Satu sudu kecil baking powder
  7. Satu biji telur


Cara Buat Kuih Bangkit

  1. Putarkan gula bersama majerin hingga kembang.
  2. Masukan telor. Putar lagi.
  3. Masukan baking powder. Putar lagi.
  4. Masukan tepung ubi kayu, tepung gandum dan kelapa sagai.
  5. Kaut balik kan kemudian tu guna la tangan gaul. Uli sampai sebati.
  6. Dah sebati biar selama satu jam. Baru cetak pakai acuan ( saya pakai acuan bulan sabit ).
  7. Akhir, bakar dalam oven menggunakan suhu 40minit 150c atau sampai masak.
Jangan lupa kongsikan resepi biskut raya mudah aka kuih bangkit diatas dengan rakan anda yang lain ya. Selamat mencuba dan jumpa lagi. Salam.

No comments:

Post a Comment