Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Lembut Sedap Dan Senang. Alhamdulillah sudah siap menu pagi ini iaitu kuih cara manis lembut inti gula. Resepi kuih cara manis simple sahaja yang saya guna, pakai sukatan cawan. Tukar kelainan sikit untuk sarapan hari ini, orang lain tak suka tak pe janji suami dan anak-anak suka apa yang kita hidangkan. Tak habis masak lagi dah separuh diaorang makan, apa cita ?

Resepi Kuih Cara Manis Lembut
Resepi Kuih Cara Manis Sedap

Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan

Bahan untuk buat kuih cara manis :

  1. Dua cawan tepung gandum
  2. Tiga cawan santan
  3. Dua biji telur
  4. Tiga helai daun pandan
  5. Pewarna hijau sikit
  6. Garam Sikit

Bahan Inti Kuih Cara Manis

  1. Gula secukup rasa

Cara Buat Kuih Cara Manis

Cara-cara untuk membuat kuih cara manis :

  1. Panaskan atas dapur acuan kuih cara manis
  2. Kisarkan daun pandan bersama santan dan tapis
  3. Selepas itu, masukkan gandum, telur , garam, dan santan ke dalam pengisar.
  4. Kisarkan sampai sebati
  5. Bila adunan sudah rata dan sebati masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan tadi.
  6. Letak gula sikit ditengah-tengah untuk inti, jangan risau kerana gula akan tenggelam sendiri dalam adunan kuih cara manis.

Jangan lupa sapukan minyak pada permukaan acuan agar kuih cara manis mudah ditanggalkan setelah masak nanti. Selamat mencuba.