Resepi Kuih Goyang Tanpa Santan

Resepi Kuih Goyang Tanpa Santan. Siapa pandai cuba teka kuih apa yang sedang saya buat ni? Warisan dulu-dulu. Kalau kawan-kawan nak tahu, inilah dia satu kuih yang mempunyai pelbagai nama panggilan. Sarawak panggil kuih sarang tebuan, Johor panggil kuih ros, Sabah panggil kuih sasap, Terengganu panggil kuih bunga durian, Kelantan panggil kuih sare, Iban panggil kuih cuan atau kuih chap dan sesetengah orang panggil kuih goyang atau kuih loyang. Hari ni saya nak kongsikan resepi kuih goyang tanpa santan versi pedas untuk sahut cabaran kerajaan agar sentiasa kreatif dan inovasi.


Resepi Kuih Loyang Tanpa Santan
Resepi Kuih Goyang Tanpa Santan



Resepi Kuih Loyang Tanpa Santan

Ini ialah resepi kuih goyang pedas, kalau nak yang original sila abaikan jintan manis dan serbuk lada putih :

  1. Satu kilogram tepung beras cap gajah 
  2. Setengah kilogram tepung ubi
  3. Lapan biji telur ayam
  4. Satu setengah sudu serbuk jintan manis ( kisar )
  5. Satu sudu makan serbuk lada putih ( kisar )
  6. Serbuk kunyit ( kisar )
  7. Udang kering ( kisar )
  8. Satu sudu kecik kapur makan
  9. Serbuk perasa 
  10. Tiga Bawang besar
  11. Garam secukup rasa

Cara Buat Kuih Goyang Tanpa Santan


  1. Kisarkan sebuah bahan yang bertanda ( kisar ) diatas
  2. Masukkan tepung serta gaulkan sampai rata
  3. Masukkan air  tapi jangan cair atau pekat sangat, sedang sedang sahaja.
  4. Kacau hingga sebati
  5. Panaskan minyak dan celup guna acuan
  6. Sedia untuk digoyang-goyangkan
Selamat mencuba. Jangan lupa berbagi resepi kuih goyang tanpa santan yang saya kongsikan diatas dengan kawan-kawan yang lain. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

×