Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan

Resepi Kuih Kaswi Sukatan Cawan. Alhamdulillah, rezeki sarapan pagi atas permintaan encik suami semalam. Sedap dan lembut, anak-anak pun suka. Tapi mak panggil kuih lompang. Saya pakai sukatan cawan je, lebih mudah :

Resepi Kuih Kaswi Sedap Kenyal
Resepi Kuih Kaswi


Resepi Kuih Kaswi Gula Merah Simple Gebu Sedap

Bahan Buat Kuih Kaswi ;


  1. Lapan cawan air 
  2. Satu cawan gula pasir
  3. Satu cawan gula merah


Masak bahan di atas hingga gula larut dan sejukkan


  1. Tiga cawan tepung gandum
  2. Satu cawan tepung ubi
  3. Satu sudu besar air kapur kapur.


Cara Buat Kuih Kaswi Dengan Mudah


  1. Campurkan tepung gandum,tepung ubi,air kapur bersama air gula yang di sejukakan tadi
  2. Kacau sampai sebati.
  3. Kukus dalam loyang atau acuan yang telah di sapu minyak agar senang nak cabut selama lebih kurang 15 hingga 20 minit.
  4. Siap.

No comments:

Post a Comment