Resepi Kuih Pau Gebu Tanpa Telur Minyak Majerin. Saya ada rahsia nak membuat pau yang putih melepak, halus lembut dan gebu macam orang cina jual tu tanpa menggunakan telur, minyak, dan marjerin. Bahan yang digunakan simple sahaja, dengan teknik uli yang betul insyaAllah akan memberi hasil pau yang lembut dan gebu. Pau ini saya buat untuk frozen.. Saya menjual kuih  pau frozen serta beberapa jenis kuih frozen yang lain. Nak tahu rahsia ? Ada dekat bawah :

Resepi Pau Lemput Tanpa Telur Minyak Majerin
Pau Gebu Tanpa Telur Minyak Majerin


Resepi Pau Lembut Dan Gebu Tanpa Telur Minyak Majerin
  1. Pakai tepung pau untuk hasil terbaik
  2. Kalau nak guna tepung gandum pun boleh tapi pasti kan berkualiti


Bahan-bahan untuk buat pau :
  1. 1 kilogram tepung pau 
  2. 1 paket yis kering ( 11gm )
  3. 2 sudu Double action baking powder
  4. 4 sudu Shortening
  5. 2 sudu gula
  6. 2 sudu susu pekat

Cara Membuat Pau Gebu dan Lembut

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sampai rata dan sebati
  2. Kemudian, tuang secawan air yang dicampur dengan sesudu cuka ( sedikit demi sedikit sambil uli )
  3. Cara uli doh pau buat seperti anda sedang mebasuh basuh pakaian guna tangan, gonyoh-gonyoh pakai kedua-dua belah tangan sehingga doh rasa lembut.
  4. Selepas itu, rehatkan doh kurang lebih 15 minit.
  5. Ambil doh yang sudah diperap dan bulat-bulatkan ikut saiz yang anda mahukan. ( saya timbang setiap doh 45gm ) 
  6. Bila habis baru letak inti pau dan rehatkan doh dalam masa 5 minit lagi agar doh naik
  7. Panaskan periuk kukus, apabila air sudah mendidih, baru susun pau
  8. Kukus dalam masa lebih kurang 15minit.

Jangan lupa tutup tudung periuk kukus anda pakai kain agar wap tidak menitik untuk mengelak daripada pau jadi mengerutu dan tidak licin. Selamat mencuba.

> Resepi Inti Kelapa Pau