Resepi Kuih Talam Tokyo Sukatan Cawan

Resepi Kuih Talam Tokyo Sukatan Cawan. Dah lama rasanya tak buat talam tokyo yang sedap dan mudah ni, saya kalau buat mesti yang hijau kena lebih dari yang bawah. Jangan tertukar pulak dengan kuih seri muka ye kawan-kawan.

Resepi Kuih Talam Tokyo Sukatan Cawan
Kuih Talam Tokyo Sukatan Cawan


Resepi Kuih Talam Tokyo Simple Sedap Mudah Ringkas

Bahan untuk lapisan bawah kuih talam tokyo :

  1. Secawan sagu  ( rendam sekejap )
  2. Satu paket kecil suun ( rendam dan gunting sikit)
  3. Satu kotak kecil santan kara
  4. Satu cawan kelapa putih
  5. Setengah cawan air
  6. Setengah sudu besar garam (bawah ni kena masin sikit)


Sila gaul semua bahan yang telah dinyatakan diatas.

Bahan untuk lapisan atas talam tokyo :

  1. Dua puluh hingga dua puluh lima helai daun pandan kisar bersama dua setengah cawan santan dan tapis. ( saya pakai dua kotak kecil santan kara tambah air satu cawan )
  2. Empat biji telur
  3. Satu cawan gula
  4. Enam sudu besar tepung gandum
  5. Satu sudu tepung jagung
  6. Satu sudu tepung kastard

Kisar semua bahan diatas

Cara Buat Kuih Talam Tokyo

  1. Kukus lapisan bawah dahulu dalam sepuluh hingga lima belas minit.
  2. Biarkan seketika dan bila dah betul-betul sejuk
  3. Tuang lapisan yang atas.
  4. Kukus sampai masak.

Bila dah masak, tunggu sejuk baru boleh potong kalau tak nanti dia pecah. Satu lagi, loyang tu lumur minyak lepas tu letak plastik supaya senang nak keluarkan nanti. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment