Resepi Milo Cube Coklat Milo Kiub Simple Sedap

Resepi Milo Cube Coklat Milo Kiub Simple Sedap. Sekarang coklat milo cube memang tengah viral di Malaysia. Sebelum ni pernah dah makan tapi bila nampak ramai sangat orang kongsi dekat laman sosial, teringin pulak nak makan coklat kiub milo ni. Nak pergi beli tak jumpa pulak. Jadi, saya buat kajian sikit dan cuba buat sendiri. Syukur, walaupun rupa tak sama, tapi rasa menjilat habis. Mudah dan jimat sangat bahan-bahan dia. Sesiapa yang ada masa terluang boleh cuba buat dan rasa kenikmatannya.

Resepi Milo Cube Coklat Milo Kiub Ringkas


Resepi Milo Cube Energy Coklat Milo Kiub Mudah

Bahan untuk buat milo kiub :
  1. Seratus gram UHT whipping cream
  2. Seratus gram Chocolate Coin/Bar
  3. Seratus gram Milo
  4. Aluminium Foil (optional)
  5. Bekas ais cube (optional)
Cara Buat Milo Kiub Coklat Milo Cube Energy


1. Masukkan semua bahan uht coklat dan milo dalam bekas. Gaul gaul sikit. Kalau nak kurang manis, lebihkan uht whipping cream tu. Jadikan 120 gram pun boleh jugak  Panaskan guna microwave kurang lebih tiga minit suhu 250c. Kalau takde microwave, gune kaedah double boiled.

Milo Cube Malaysia



2. Gaulkan sampai sebati menjadi coklat ganache. Suhu jangan panas sangat sampai coklat berminyak nanti lambat nak beku.

Resepi Coklat Milo Kiub


3. Ambil bekas ais cube dan lapik aluminium foil seperti dalam gambar

Coklat Milo Kiub


4. Isikan coklat ganache (cair ) ke dalamnya.

Coklat Milo Cube


Jangan lupa like page https://www.facebook.com/resepisimple. Bekukan selama lima jam dan keatas. Kalau anda tak nak guna bekas ais dan Aluminium Foil pun boleh, isi je dalam bekas yang anda ada kemudian pandai pandailah potong coklat milo tu sendiri. Diharap perkongsian mengenai recipe milo cube energy diatas dapat memberi sedikit manfaat.  Selamat mencuba.

1 comment: