Resepi Nasi Hujan Panas Simple

Resepi Nasi Hujan Panas Simple. Hari ini saya masak nasi hujan panas untuk sambut hari lahir anak saya. Mula-mula ingat nak buat nasi minyak, tetiba rasa baik buat nasi hujan panas terus, puas hati. Biasa saya guna beras biasa tapi sebab hari istimewa anak saya, nak tak nak saya kena rajin diri pergi supermarket untuk beli beras siam atau beras basmathi. Syukur, menjadi. Resepi nasi hujan panas pelangi yang saya pakai ada kat bawah :

Nasi Hujan Panas Mudah Simple Sedap
Nasi Hujan Panas Simple



Resepi Nasi Hujan Panas Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan. :
  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Majerin planta
  4. Kayu cengkih
  5. Daun pandan
  6. Kismis
  7. Susu cair
  8. Garam
  9. Pewarna ( ikut la nak warna apa pun )
  10. Beras siam/ basmathi ( kalau nak pakai beras biasa pun boleh ).

Cara Masak Nasi Hujan Panas Simple
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga cengkih dan daun pandan sampai naik bau
  2. Selepas itu masukkan ke dalam periuk yang berisi beras yang sudah anda basuh dan jerang sampai nasi masak.
  3. Masukkan pewarna mengikut citarasa anda. 
  4. Masukkan kismis
  5. Gaulkan nasi sampai menjadi warna warni macam pelangi.

Akhir sekali, hidang bersama lauk pauk (daging kerutuk, ayam masak merah, acar timun dan yang sewaktu dengannya). Selamat mencuba dan menjamu selera.

No comments:

Post a Comment